BMF – BUY MUSLIM FIRST atau BAK MAI FULOOS buat para OPPORTUNIST???

B

Kempen BMF ini bermula masa era pemerintahan PH. Mereka yang menyokong kempen itu sebahagian besarnya ialah orang PAS, ISMA, UMNO dan PERKASA. Yang ikhlas tanpa apa-apa niat lain, semoga Allah merahmati kalian.

Kata mereka ia bukan boikot. Ia prioritize atau keutamaan. Nama arabnya aulawiyat. Maka bermulalah kempen BMF sampai politikus semua join dan memberi komentar. Termasuk Tun M.

Aku macam biasa, sebagaimana aku tak berminat dengan kempen boikot, aku juga tidak ride kempen BMF untuk apa-apa bisnes aku. Aku jual value. Aku jual kualiti. Aku jual integriti. Walaupun bisnes aku boleh masuk dalam kategori BMF. Tapi disebabkan ia melanggar prinsip aku yang berpegang dengan usul fiqh muamalat. Bila ditanya siapa pemilik, dengan yakin aku jawab 100% milik Muslim. Orang boleh check di Interepo Ya, aku layak tunggang BMF juga.

Apa kempen BMF ni sebenarnya? BMF ini kempen untuk Muslim memberi keutamaan dalam membeli produk keluaran Muslim. Ada kondisi keutamaan yang mereka gariskan.

Kondisi 1 (paling aula)
Mesti beli produk keluaran Muslim dulu. Sebagai contoh, minyak masak Lam Soon hanya dibeli selepas minyak masak Alif habis.

Kondisi 2
Mesti utamakan kedai milik Muslim. Ada 2 kedai runcit, kedai A owner Melayu, kedai B bukan Melayu. Mesti dulukan beli di kedai A. Kalau takda barang tu dalam kedai A, baru pergi kedai B.

Kondisi 3
Mesti dahulukan barangan keluaran Muslim dalam kedai bukan Melayu. Kalau pergi ke kedai owner bukan Melayu, carilah barangan keluaran Bumiputera. Kalau takda, barulah beli kerana terpaksa.

Meletuplah kempen ini dengan group whatsapp, telegram, fb yang dibanjiri oleh mereka yang mahu bersama-sama dengan kempen ini.

Macam-macam idea keluar, nak buat superapps, nak buat listed company, dan siap ada yang buat BMF mall. Hebat berapi-api!

Influencer yang ada 50k-60k follower, terus jadi 120k-200k follower. Hari-hari mereka tulis pasal BMF dan dipost ke dalam group BMF. Rajin betul mereka membina crowd yang datang dari kempen BMF.

Lebai yang selama ini takda apa-apa, terus menjadi penceramah terkenal dengan ratusan ribu follower. Ohya, seorang cikgu yang telah scam Taz @ Abd Tasnim juga mendapat puluhan ribu follower. Dia minta Taz buat apps BMF yang akhirnya tersontot.

Selepas terkono, barulah Taz sedar aku tak pernah berbohong. Aku dah bagitau dekat Taz, takyah cayer la puak lebai ni, diorang ni sembang je, dan akhirnya menjadi kenyataan. Apa jadi dengan apps-apps BMF hari ini? Aku tanya apa khabar..

Guru-guru saham berdarah ISMA, guru-guru marketing dan kewangan, ramai yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan follower, meramaikan crowd. Semua bawa slogan sama, nak tolong anak bangsa katanya. BMF!!! BMF!!! BMF!!!

Selepas PH ditumbangkan, BMF makin sendu. Entahlah, apa sebabnya. Influencer-influencer yang mendapat manfaat dari ombak BMF dulu pun ada yang sampai jadi leader Atomy. Syarikat MLM dari Korea dan 100% milik Korea.

Bersilat berkungfu dan sepak terajang mereka nak justify Atomy memenuhi syarat BMF. Lawak tapi benar ia berlaku. Hari ini, ada yang menjual produk milik taukey judi Sport Toto pula. Aduh. Nasiblah product tu dah dikhatankan. Masuk Islam terus product tu. Taktaulah, betul ke tak. Yang jaga tu pun main option dan cfd.

Begitu juga syarikat yang bukan dikawal oleh Bumi, mereka mengambil kesempatan seperti syarikat susu segar dan telco ber-MLM, ejen-ejen mereka rancak berkempen mereka milik Bumi walhal sebenarnya tidak. Kalau dari awal kasitau, takkan ada yang terkejut kan?

Bila aku bagitau kebenaran tersebut, maroyanlah bangsa langau hijau dan lembu susu mengecam aku. Mereka dah terjadi ejen, termasuk, terpecaya, terpedaya. Ya, mereka in-denial. Mereka perlu cari alasan untuk menafikan kebenaran fakta aku. Maka beramai-ramailah mereka menjadi strawman.

Yang paling lawak, tokoh-tokoh BMF pun tak berani mengiyakan kenyataan aku, bahkan mereka main straw man card di depan follower mereka. Walhal isu produk dan syarikat adalah keutamaan no 1 mereka dalam kempen BMF. Kan?

Sah mereka semua ini hanyalah populis, opportunist dan atomist. Hanya mengambil kesempatan dan peluang untuk membina pengaruh dan pengikut demi kepentingan poket sendiri.

Aku masih teringat ada tokoh ruminan menceritakan kepada kami suatu ketika dulu, ada syarikat susu lembu segar X ni inject antibiotik dekat lembu-lembu dia. Lembu susu dekat Malaysia ni, katanya susu tak keluar banyak. Mereka import susu beku dan bancuh dengan susu tepung untuk cover.

Ohya, dia juga pejuang BMF dan mendapat banyak manfaat peribadi dari kempen itu. Hari ini dia pun terlupa yang kondisi no 1 perjuangan BMF. Rupa-rupanya, hari ini ada orang tunjuk, dia sendiri pun dah jadi ejen duk jual susu milik syarikat bukan BMF itu. Lantas dia pun bermain straw man card, divert cerita lain.

Teringat aku sebuah kedai sparepart yang bernama Kim Wa diseru untuk diboikot (ditinggalkan) dek kerana kedai tersebut dikatakan milik bukan Bumi. Dikatakan pemuda Melayu itu ditunggang (Alibaba) oleh bukan Bumi.

Bersusah payah dia mempertahankan yang dia tidak ditunggang oleh sesiapa. Sampailah SCRUT melalui www.interepo.com mengeluarkan report yang mengesahkannya. Nama kedai tersebut gabungan suami isteri. Hakim dan Azwa, jadi Kim Wa. So sweet! 😜

Kau tengok dulu macam mana para pejuang ini bersikap skeptikal. Disyaki diTUNGGANG pun diorang nak ban dah. Kesian mamat Hakim tu nak pertahan diri pula. Rujuk sini :
https://www.facebook.com/581817132303470/posts/672153849936464/?d=n

Tapi, hari ini, kurang dari 1% pemilikan Melayu, MENGAKU ditunggang pun sudah takpa. Bahkan mereka yang dulu berBMF pun jadi takut nak mempromosi syarikat yang 100% milik Bumi. Kenapa ya?

Rupa-rupanya, kempen BMF sudah berubah. Sudah upgrade. Ia diberi nama BMF advante. Advante tau, bukan kompang. Apa itu BMF advante. BMF advante adalah, “asal aku masyuk, ia BMF, kalau aku tak masyuk, bukan BMF.”Aku simplifykan BMF baru ni sebagai BMF – Bak Mai Fulooooos!!!

😜

——

ps : Buat sahabat-sahabat yang terus cekal dan konsisten dengan BMF yang sebenar, terus berBMF dengan berprinsip. Jangan biar prinsip berubah disebabkan wang ringgit dari taukey Sport Toto dan gospel Korea.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.