CIKGU PERVERT? MANA SILAPNYA?

C

Ini pandangan peribadi aku, pengalaman hidup aku dan pengamatan mata hati aku.

Baru-baru ini kecoh tentang seorang cikgu yang dikatakan melakukan lawak rogol. Hal ini langsung tidak mengejutkan aku. Sebab zaman aku pun dah ada cikgu-cikgu yang suka melakukan lawak lucah dan kelihatan sangat pervert. Ia berlaku di sekolah tempat aku bersekolah. Aku taktau sekolah korang macam mana.

Masa aku form 5, guru-guru lelaki muda di sekolah aku sangat bermasalah. Tidak cukup dengan tiada skill mengajar yang baik. Bahkan sangat pervert dan menggatal. Pernah sekali aku dan kawan-kawan aku ke rumah bujang mereka. Aku terlihat bersepah-sepah cd porno di rumah.

Aku tidak dapat bayangkan bagaimana mereka ke sekolah melihat pelajar-pelajar perempuan yang sedang membesar dan masak ranum. Padanlah mereka memanjang je buat lawak lucah dan bejet cool. Tak cukup dengan pervert, sembang gangsta pun taknak kalah.

Yang paling membuatkan aku meluat adalah mereka sering mengulang-ulang slogan-solagan seperti ini.

“Kita orang jadi cikgu ni bukan sebab apa, nak cuti banyak. Banyak masa. Gaji sedap. Kerja gomen.”

Begitulah script lebih kurang yang mereka selalu ungkapkan. Memang ini langsung tiada jiwa pendidik. Pada aku mereka ini memang bermasalah. Siap suatu hari pernah ajak aku bertumbuk sebab aku malas nak layan perangai membuli diorang.

Mereka gembira bila melempang para pelajar. Aku memang dah malas nak layan diorang buat taktau. Aku blah je. Sanggup dia cari aku ajak aku bertumbuk. Lepas aku sahut challenge dia. Dia cuak pula nak teruskan. Kata tak berkat pukul guru. Ah, sudah!

Masa aku di sekolah. Ya, sekolah asrama penuh. Tiada seorang pun di kalangan kawan-kawan aku yang bercita-cita nak jadi guru apabila borang career diedarkan. Ramai yang nak jadi engineer, saintis, bioteknologis, doktor, farmasis, arkitek, dan astronomis.

Oh, ada 2 orang yang memang nak jadi guru dan mereka jadi guru yang baik sekarang. Jadi guru pakar. Itu pun sampai seorang guru PJ di sekolah aku mengejek. Katanya,

“Kalau masuk sekolah ni nak jadi cikgu, baik tak payah. Saya sekolah biasa pun boleh jadi cikgu.”

Begitulah situasinya. Tetapi jangan terkejut. Ramai kawan-kawan aku yang tak minat jadi cikgu tiba-tiba jadi cikgu. Sedang mereka di matrikulasi, rasa tak boleh blah dah. Diorang masuk program di Maktab Perguruan. Yang habis kat matrikulasi pula, ada yang memilih cikgu atau dilelong menjadi cikgu. Ada juga yang sebab nak pergi oversea, ambil program ke luar negara dari KPM.

Semua mereka ini dahulunya nak jadi engineer dan etc. Tiba-tiba menjadi cikgu. Ada di antara mereka yang aku kenal seorang pedofilia, tokan cd porno, dan penyimpan koleksi porno terbesar (mungkin) di negeri tempat aku belajar. Yela, zaman tu dia ada banyak hardrive penuh porno. Bila aku bertanya mereka kenapa tukar cita-cita? Jawapan yang aku dah sangka.

“Jadi cikgu confirm ada kerja. Cuti banyak. Senang nak buat loan gomen.”

Melihat mereka menjadi cikgu, aku terus geleng kepala. Berkata dalam hati. Kalau aku jumpa diorang ngajar sekolah anak aku. Aku kena minta tukar sekolah anak aku. Bahaya ni. Aku tak boleh biarkan orang berkepala hotak blue mengajar anak-anak aku. Orang yang tak pernah ada minat nak jadi pendidik masuk menjadi cikgu.

Teringat aku ketika is1 aku di Adelaide. Selepas dia grad master. Dia nak jadi cikgu di sana. Walaupun keputusan cemerlang dan lepas segala kelayakan akademik. Tetapi mereka tidak dapat meneruskan permohonannya kerana dia takda history di Australia. Dia kena melalui beberapa test saringan lain yang sangat menyusahkan. Akhirnya dia give up dan duduk di rumah enjoy her life.

Lihat betapa strict di luar sana tentang pemilihan guru. Mereka hanya memilih individu yang benar-benar ada sejarah yang baik dan minat menjadi pendidik. Bukan sekadar nak tangkap muat. Mereka tidak benarkan orang yang sekadar nak jadi cikgu sebab gaji, cuti dan takda kerja lain dah.

Nak jadi cikgu mesti kena ada jiwa pendidik. Barulah kesan didikan akan melekat dalam jiwa anak-anak didik nanti. Sampai hari ini, walaupun aku kerap bermasalah dengan sikap cikgu-cikgu di sekolah. Masih ada 2 dan 3 kerat cikgu-cikgu yang sampai hari ini menjadi penasihat hidup aku.

Kenapa?

Kerana mereka ialah cikgu-cikgu yang punya jiwa pendidik yang ikhlas mendidik aku. Tanpa aku nafikan, jika aku jadi seorang yang berjaya. Mereka semua itu adalah antara penyumbang positif dalam perjalanan hidup aku.

Korang pula macam mana? Lebih kurang sama tak cerita kita?

Apa punca wujud cikgu-cikgu pervert? Korang sendiri pun ada kawan-kawan yang jadi cikgu kan?

😜

Boleh rujuk :
1. https://www.facebook.com/100000213002141/posts/4646595942024127/?d=n
2. https://www.facebook.com/587244322/posts/10159026868219323/?d=n

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.