Isu sedut pahala ini telah dimulakan oleh penyanyi no 1 negara yang telah tinggal di kayangan bersama dengan suaminya yang meniaga apa entah sampai hari ini pun aku taktau.
Anyway, penyanyi itu telah mengeluarkan statement tersebut (sedut pahala) setelah dia dikecam masyarakat marhaen kerana mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah putera barunya di masa PKP berlangsung.
Aku merasakan idea atau doktrin ini tidak wajar dipromosikan kerana ia melanggar fitrah keadilan sejagat. Contoh yang paling baik adalah, solat sunat di depan pintu keluar masjid. Walaupun solat itu benar dan baik, tapi perbuatan itu mungkar dan mengganggu orang ramai, bahkan menyakitkan hati orang.
Adakah dia boleh dapat pahala?
Teringat aku sebuah hadith tentang jiran yang menyakiti jirannya.
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَشْكُو جَارَهُ، فَقَالَ: اذْهَبْ فَاصْبِرْ. فَأَتَاهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا، فَقَالَ: اذْهَبْ فَاطْرَحْ مَتَاعَكَ فِي الطَّرِيقِ. فَطَرَحَ مَتَاعَهُ فِي الطَّرِيقِ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ فَيُخْبِرُهُمْ خَبَرَهُ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَلْعَنُونَهُ: فَعَلَ اللَّهُ بِهِ، وَفَعَلَ، وَفَعَلَ، فَجَاءَ إِلَيْهِ جَارُهُ فَقَالَ لَهُ: ارْجِعْ لَا تَرَى مِنِّي شَيْئًا تَكْرَهُهُ
Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW mengadu perihal jirannya. Maka Nabi SAW bersabda: “Pergilah serta bersabarlah.”
Setelah itu, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Nabi SAW bersabda:
“Pergilah dan campakkanlah barang-barang di rumah kamu ke jalan.”
Lelaki tersebut kemudiannya mencampakkan barang-barang rumahnya ke jalan hingga menyebabkan orang-orang bertanya kepadanya. Lalu lelaki tersebut menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya yang menyebabkan manusia (yang mendengar cerita tersebut) melaknat jiran tersebut dengan mengatakan:
“Allah akan membalas perbuatannya (mendoakan keburukan), Allah akan balas dan Allah akan balas.”
Selepas itu, lelaki tersebut didatangi oleh jiran tersebut dan jiran itu berkata:
“Pulanglah kamu, kamu tidak akan melihat (mendapati) sesuatu yang kamu benci itu lagi.”
Ikhtibar dari hadis di atas adalah, secara umumnya seseorang yang mencari pasal, maka ia layak dikeji sebagaimana yang ditunjuk di dalam hadis di atas. Lebih-lebih lagi yang sudah 2-3 kali menyakitkan hati marhaen dengan keangkuhan kayangan.
Juga sebuah kisah Nabi berjalan dengan isterinya, Safiyyah di waktu malam. Ketika para sahabat ternampak, Nabi segera memanggil mereka untuk memberitahu yang baginda berjalan dengan isterinya. Nampak? Nabi yang maksum dengan para sahabat yang imannya tak tergugat dek syurga dan neraka pun taknak dirinya menjadi bahan fitnah.
Clear?
Jadi, kalau kita sendiri yang cari pasal dan memilih jalan fitnah. Janganlah tunggang agama dengan mendabik dada berjaya sedut pahala orang lain pula.
Takkanlah kau yang cari pasal, orang marah, kau pula dapat pahala. Kan?
ps : Dulu Rosmah Mansor pun pernah guna script yang sama..