BILA TIADA HUJAH, MAKA FITNAH!

B

Inilah perangai budak-budak usrah ISMA. Bila tiada hujah, maka fitnah. Korang nak percaya puak-puak camni bawa Islam? Perjuangkan Islam?

Ceritanya macam ni. Semalam, ada sahabat aku tunjuk, individu bernama Muhammad Amiruddin (rujuk gambar) telah cuba menjatuhkan reputasi, kredibiliti dan integriti aku dengan satu fitnah yang aku tak pernah tahu. Mungkin dek kerana mereka gagal menjawab dan membuktikan keabsahan hujah aku dalam mewujudukan integrity dan transparency dalam NGO.

Dia kata, dalam bisnes. Ramai dah terkena. Lebih kurang, aku ni ada con orang or ada buat hal lah di Australia. Tertanya-tanya aku siapa yang aku tipu, siapa yang terkena. Apa yang terkena.

Aku tag dia untuk confront dengan aku. Aku suruh dia cerita. Siapa yang terkena? Apa yang terkena. Kalau betul, aku nak minta maaf dan bayar ganti rugi. Kalau cerita bohong, aku nak dia mintaa maaf or aku saman dia.

Macam perangai biasa budak-budak ISMA. Dia berdolak dalih, tunggang agama, tunggang tuhan, pusing sana pusing sini. Korang boleh rujuk di posting berikut.

https://www.facebook.com/100011300684188/posts/1344982625888414/?d=n

Maka sedarlah aku yang dia ini hanya memfitnah aku untuk menjatuhkan integrity aku. Aku memandang serius bab ini. Aku willing nakk turun court sebab hal reputation. Aku cabar dia dan dia start jadi strawman.

Sebagaimana Saad bin Abi Waqqas dan Said bin Zaid berdoa kepada mereka yang memfitnah. Aku mendoakan kepada individu itu.

Seandainya, segala dakwaan tersebut muncul kerana ingin menjatuhkan kredibiliti, reputasi dan integriti aku, dia hanya mendengar tanpa tabaiyun, dia takda bukti dan kesaksian terhadap dakwaan tersebut. Semoga..

1. Allah panjangkan umurnya.
2. Sempitkan rezekinya.
3. Timpakan dia dengan fitnah.
4. Matikan dalam keadaan yang mengerikan.

Amin.

Dalam hidup aku, aku bertanggungjawab ke atas apa yang aku buat, apa yang aku tulis Sebab itu aku sanggup turun naik mahkamah semata-mata untuk buktikan kebenaran.

ps : tak guna kau ikat kepala konon pejuang, tetapi kau memfitnah.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.