APA KAITAN ISMA DENGAN AMAN PALESTIN?

A

Apa itu ISMA? ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) adalah sebuah jemaah/gerakan/intitusi usrah yang mengikuti manhaj Ikhwanul Muslimin (IM) yang diasaskan oleh Syaikh Hassan al-Banna. Sama seperti JIM (Jemaah Islah Malaysia) sekarang ni dah rebrand jadi IKRAM. Begitu juga PAS dan HALUAN. Semua ini berasal dari satu punca yang sama iaitu IM.

Mungkin orang lama-lama usrah tahu yang Aman Palestin dan ISMA ni dulu pun ada kaitan dengan JIM. Korang bolehlah tanya diorang macam mana perpecahan ini terjadi. Sampai bergaduh-gaduh, berebut student, tarik-tarik beg di airport dan berubut plug penghargaan di Palestin.

Anyway, orang dalam industri usrah atau pernah duduk dalam industri ini, tak payah apa-apa pembuktian pun pasal kaitan ISMA dengan Aman Palestin. Sebab kalau buka mata pun dah nampak muka yang sama.

Tapi takpa, supaya semuanya jelas. Korang boleh rujuk board of trustee dan juga eksekutif chairman Aman Palestin Berhad bernama Abdullah Zaik. Abdullah Zaik juga ialah Amir ISMA. Dulu dia presiden ISMA. Naik jadi Amir ni macam mursyidul am la kot, atau ayatolla.

Clear?

Selain ISMA memiliki/menguasasi Aman Palestin, mereka juga menubuhkan banyak associates NGO dan Yayasan yang lain. Antaranya,
1. PEMBINA
2. I-Medik
3. Yayasan Ikhlas
4. Pemuda Islam
5. Berjasa

Sebab itu kalau korang tengok, yang melawan kami ni, click-click la tengok profile mereka, korang akan jumpa mereka berkaitan dengan ISMA, Aman Palestin dan NGO yang kami senaraikan di atas. Mungkin ada lagi yang baru, wallahu’alam.

Sesiapa yang pernah duduk dalam institusi usrah ni, taulah kenapa diorang tubuhkan banyak-banyak macam ni. Antaranya supaya tidak mahu dilihat jelas mereka semua ni ada kena mengena. Masing-masing pun boleh collect fund kan..

Yelah, kalau ISMA yang kutip bantuan ke Palestin/Syria, korang nak bagi ke? Ibarat PAS collect bantuan ke Palestin lah. Mungkin orang PAS jela yang bagi. Kalau ISMA, orang ISMA jela bagi. Tapi bila pakai nama Aman Palestin, mereka yang naif dan taktau, akan derma lah. Hakikatnya begitulah, ramai yang naif tidak tahu.

ISMA juga ada cabang politiknya iaitu parti BERJASA. Mereka pernah masuk PRU tau, kalah kesemua kerusi dan hilang deposit. Aku masih ingat lagi masa di Australia, ustaz ISMA yang masuk PRU tu cakap,

“Walaupun kita kalah, tapi sebenarnya kita menang!!!”

Maka bertepuk kuatlah wala’un-wala’un ISMA ketika itu. Aku dan gang aku je tergelak. Dahlah kalah, hilang deposit. Lebai dia kata menang, diorang boleh percaya dan gembira.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.