Aku pernah tulis pasal bagaimana rakyat Wakanda bangkit melawan bank-bank kapitalis di Wakanda.
Korang boleh ulangkaji balik di link berikut.
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/236660010934519/?d=n
Untuk lockdown kali ini. Aku dengan jelas menyuarakan yang..
BANK WAJAR BAGI MORATORIUM KEPADA RAKYAT MARHAEN!
Hampir kesemua bank-bank di Malaysia mencatatkan keuntungan pada suku pertama (Q1). Maka pada kami, bukanlah sesuatu yang sukar untuk mereka melakukannya sekali lagi.
Atas dasar perikemanusiaan, budi bahasa, empati dan sifat insani, mereka wajar memberikan moratorium kepada mereka yang memerlukan tanpa apa-apa charge tambahan.
Kalau dulu rakyat sakit, kali ini mungkin lagi tenat. Terutama mereka yang tiada gaji tetap dan berniaga sendiri.
Sifat manusiawi dan insani para manusia yang berada di dalam tampuk kepimpinan bank amat diperlukan demi kemaslahatan rakyat Malaysia.
Jangan sampai rakyat marhaen Malaysia jadi macam rakyat Wakanda!
aLiph
www.aLiph.my