PENGKHIANAT NEGARA MENGIKUT KASTA VERSI BIASISWA

P

Kasta 1 – Pengkhianat kaya.
Sambung belajar di luar negara dengan biasiswa rakyat, taknak balik. Terus bayar bond seketul habis.

Kasta 2 – Pengkhianat berwawasan.
Sambung belajar di luar negara dengan biasiswa rakyat, taknak balik. Kumpul duit 2-3 tahun terus bayar seketul bond.

Kasta 3 – Pengkhianat miskin.
Sambung belajar di luar negara dengan biasiswa rakyat, taknak balik. Minta diskaun dan installment bayar bond.

Kasta 4 – Pengkhianat penipu.
Sambung belajar di luar negara dengan biasiswa rakyat, taknak balik. Minta tangguh, tangguh, dan tangguh. Sampai ada duit, dia bayar bond habis lepas 10 tahun lebih. Itu pun lepas penjamin-pendah dipanggil naik court.

Kasta 5 – Pengkhianat keji.
Sambung belajar di luar negara dengan biasiswa rakyat, taknak balik. Dia buat taktau je.

Kasta 6 – Pengkhianat jijik.
Sambung belajar di luar negara dengan biasiswa rakyat, taknak balik. Minta insentif kalau nak dia balik.

Kasta 7 – Pengkhianat lagenda!
Sambung belajar di luar negara dengan biasiswa rakyat, taknak balik. Minta insentif nak balik, dapat. Kerja sekejap. Balik semula ke luar negara. Lepas tu kutuk sistem Malaysia tak sesuai dengan jiwa dia.

Kasta 8 – Pengkhianat GOAT!!!
Sambung belajar di luar negara dengan biasiswa rakyat, taknak balik. Apply lagi biasiswa universiti untuk bayarkan yuran dia sambung belajar. Taknak balik juga. Minta insentif, dapat. Balik Malaysia sekejap, lepas tu blah balik. Cerita kat kawan-kawan, dia tak boleh kerja dengan culture Malaysian.

Kasta 9 – Pengkhianat Mahadewa!!!!!
Sambung belajar di luar negara dengan biasiswa rakyat, taknak balik. Balik, lawan PRU kalah tapi jadi menteri.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.