MENJAWAB DR. RAFIDAH ABDULLAH

M

1. Rasanya Dr. Rafidah tidak faham atau buat-buat tak faham. Yang dikritik dengan gelaran pengkhianat adalah mereka yang datang dengan duit rakyat tetapi tidak mahu pulang berbakti kepada rakyat yang menghantarnya ke sana. Kalau dapat belajar di sana dengan duit Tokwan kau, takda siapa kisah. Kalau dengan duit rakyat sini. Kami berhak kisah dan ambil tahu. Ini bukan isu kau serve human or animal.

2. Amalina is more Malaysian? Haha. Yolah!

3. Ibunya menggalakkan dia tidak pulang tidak menafikan dia datang dengan biasiswa Bank Negara. Bank Negara ni milik siapa? Milik ibu Amalina? Adakah biasiswa dikeluarkan oleh Malaysia melalui mana-mana agensi untuk pelajar kita yang dah tamat belajar berkhidmat untuk negara lain? Macam ada yang tak kena pula. Kan?

4. Siapa kami? Kami rakyat Malaysia dan kami mengamalkan keterbukaan mengkritik. Asalkan tidak memfitnah. Soalan sebegini sangat menghina akal. Kami juga boleh bertanya siapa kau nak halang kami mengeluarkan pandangan?

5. Oh, inilah “mak usrah” yang menghasut talent kita jangan balik Malaysia berbakti kepada nusa dan bangsa. Nak appreciation? Earn it, not ask for it! Negara telah menjalankan tanggungjawab menghantar mereka belajar sampai luar negara.

6. Sepanjang aku tahu. Biasiswa Kijang dari BNM yang kawan-kawan aku dapat. Memang takda bond dengan KKM, BNM bukan JPA kan. Tapi ada clause kena balik Malaysia. Kalau Amalina ada special term, scan and upload it the full agreement.

7. Takda “hutang” ? Mungkin BNM tu milik Tokwan dia lah kot.

8. Isu pengkhianat ini bukan isu Amalina. Ini isu ramai rakyat Malaysia yang dihantar dengan wang rakyat telah mengkhianati rakyat Malaysia dengan tidak pulang berbakti kepada rakyat yang telah menghantar mereka.

9. Dr. Rafidah rasanya pun tahu kawan-kawannya yang dah bermastautin di UK tu ramai je yang dah ambil passport Brit diam-diam. Takkan taktau kot.. 😜

10. Kalau memang negara kita menghantar pelajar-pelajar cemerlang belajar di luar negara bukan untuk pulang berbakti kepada nusa dan bangsa, berkhidmat untuk rakyat Malaysia, aku kira ia satu kesilapan dan pembaziran yang jelas. Mohon kerajaan menghentikan projek pembaziran ini.

Ini pandangan aku. Kau siapa nak halang aku beri pandangan? (Gurau je.)

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.