Aku tulis lama dah. Refleksi kepada keadaan negara kita. Aku ini orang awam, rakyat marhaen. Bukan pak menteri, mp, anak orang politik atau mereka yang pernah dapat laba dari politikus.
Aku ini anak orang miskin yang mendapat peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman di luar negara. Kepulangan aku disambut dengan krisis politik, ekonomi dan covid.
Ketika aku pulang, geran kerajaan sudah habis dijarah, permit atau ap sudah licin dijamah, insentif yang tinggal mungkin hanya kerak nipis. Kadang rasa menyesal balik, tapi itu hanya bisikan syaitan, pasti.
Aku percaya tuhan itu maha adil. Segala ujian ini untuk mereka yang mampu. Sebagaimana para penguasa menjadi lelucon rakyat, ia juga ujian buat kita. Mahu diam atau bangkit.
Jangan sampai ada yang kata,
“Menjaja pun dihalang, merompak lagi baik!
Ketika itu, negara kita dalam bahaya. Yang lucu ini para penguasa yang menjadi cermin negeri ini.
Baca tulisan lama di bawah..
https://www.facebook.com/aliff.ahmad.754/posts/169493140984540