Beberapa hari lalu, aku mencari orang IT untuk mengisi beberapa position untuk sebuah projek di syarikat minyak & gas. Alhamdulillah ramai yang sahut, 5 orang dah terpilih. Tapi ada yang tanya, takkan IT saja?
ADA..
Ada juga bidang lain! Aku nak cari orang sales & marketing..
Ado? Tapi..
AKU MENCARI INDIVIDU-INDIVIDU YANG BENAR-BENAR MAHU BEKERJA!
Aku ada 1 company dekat Meranti Jaya, Puchong yang memerlukan orang yang benar-benar nak bekerja, nak berjaya dan nak bersama-sama aku. Nak strive dan workhard untuk capai target aku untuk ke papan Bursa dalam masa beberapa tahun lagi!
Company yang satu ini dah hampir 4 tahun. Audit tak pernah tinggal tau! Setiap tahun alhamdulillah profit. Aku bercadang nak bawa ke public untuk listing. Aku dah bagitahu semua staff, aku berjanji kalau kita dah listed, semua staff akan dapat manfaat besar. Sabar dan keep striving! Takda benda yang datang percuma, semua dengan kerja keras.
Company yang satu inilah paling stabil dalam semua company aku terlibat. Di atas kertas elok, realiti pun stabil. Sebab itu banyak manfaat untuk staff, antaranya – lunch percuma diberikan, ada takaful cover selain Socso yang wajib, kalau perform, kenaikan gaji boleh ke 100% terus! Tak lupa juga, ada bonus “ranjang” untuk mereka yang perform masa kerja untuk perform juga selepas nikah! Ada juga insentif poligami untuk perkahwinan isteri ke-2 atau isteri (staff) membenarkan suaminya nikah isteri ke-2!
Aku taknak orang yang main-main, aku taknak yang kerja sekadar kerja, hidup sekadar hidup. Aku nak yang benar-benar serius, lapar dan tegar nak berjaya. Aku tak kisah kau tua atau muda, lelaki atau perempuan, asal kau ada kemahuan dan skill yang aku perlukan. Boleh strive long hours, weekend dan holiday, independent dan progressive demi mencapai target. Tak lupa, orangnya loyal dan punya rasa belonging terhadap company..
Aku mahukan..
1. Marketing executive yang boleh tekan dan manage Ads.
2. Sales strategist yang boleh mengeluarkan idea dan merangka kempen.
3. Content writer creative.
4. Content creator yang penuh idea.
Sila hantar CV ke [email protected] segera!
Tulis cover letter kenapa kami kena hire kau, letak siap-siap berapa gaji kau nak, dengan apa kau boleh buat. Jangan segan-segan..