TECH LEAD TAK TAU GIT? TAK PANDAI OOP?

T

Ini kisah benar. Di sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka di dunia yang berpusat di Wakanda. Aku ada projek kecil maintain software dan aplikasi di sana.

Aku kan boss. Aku hantarlah junior programmer je untuk masuk. Walaupun junior, hasil didikan Nik Izwan Kamel ni rupanya junior kami bertaraf GOD di sana!

Dalam team tu majoriti India dari India, Vietnamese dari Vietnam. Yang Englishnya pun ke laut. Yang menariknya, si Tech Lead yang sudah 7 tahun membawa keluar aliran wang negara ke India pun tak reti sangat Git.

Sampai si junior kena remote pc dia nak betulkan kerja dia. Bila dapat task, dia buat kerja yang paling senang, dia buat kerja-kerja CRUD yang senang-senang je. OOP yang susah-susah dia pass dekat si junior ni sebab si junior ni lagi terer dari dia. Bila junior minta tunjuk ajar dari Tech Lead, dia pun taktau. Nasiblah team aku power-power boleh support.

Yang lagi lawak. Diorang ni solvekan bug pakai hardcode je. So, berlambak-lambak table dalam server. Gila tak gila. Lepas tu tak jumpa dah, salahkan orang lain. System jadi lembab. Never ending problem. Sampailah satu hari, si junior ni sound semua progammer lain.

“Bros, I am Wakanda 4eva here, I work here for my nation. This company is belong to my country, belong to me too. If you cannot do your job properly, please resign, lots of talented local programmer out there can replace all of you..”

Sejak hari itu. Si junior jadi GOD. Untouchable programmer. So, korang jangan takut or rasa rendah diri. Programmer dari luar ni tak power pun. Sampah je ramai yang penuh dekat sini..

Mari sini programmer sekalian! Korang semua lagi power dari diorang! Kalau korang taknak tonjolkan diri, mana kami nak nampak! Ke mari! Kita ambil balik hak kita!

Hantar CV korang dengan penuh keyakinan! – [email protected]

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.