Benarkah?
Tak pastilah. Tapi zaman aku, pemegang biasiswa BNM memang takda bond. Tetapi, wajib balik Malaysia berkhidmat di Malaysia.
Tapi, tadi aku dengar BNM ni milik Tokwan pemegang biasiswa terbabit, sebab biasiswa tu dikeluarkan dari keuntungan BNM.
Cuma, ada kawan tunjuk yang Zeti ada sebut,
“The Bank does not impose any bond onto the recipients, with the exception that they must return to Malaysia and serve the nation,” she said.
Maksudnya, bank tidak mengenakan apa-apa ikatan kepada penerima biasiswa dengan syarat mereka mesti pulang ke Malaysia dan berbakti kepada negara.
Maksudnya, biasiswa BNM tidak mengubah polisinya sejak dulu lagi. Dapat difahami, BNM juga mengharapkan penerima biasiswa mereka pulang dan berbakti.
Yelah, kalau tak, kenapa diberi syarat mesti pulang berbakti. Kan?