Semalam ada haters maki hamun aku dalam posting aku buka job opportunity.
Gila!
Aku sampai hari ini masih tak faham orang yang datang ke wall orang lain, taktau cerita hujung pangkal, terus maki hamun orang. Apa yang dia dapat?
Ibarat, orang yang tidak dikenali, datang depan rumah kau, dia terjerit-jerit maki hamun kau. Untuk lebih dramatik, dia maki hamun kau sebab kau sedang memberi bantuan kepada orang yang memerlukan.
Siapa ada pengalaman melayan makcik seperti ini?