SAI BABA – TOKOH AGAMA, KAYA, DERMAWAN DAN PENIPU!

S

Diceritakan Sai Baba punya hampir 100 juta pengikut. Yang ekstrimis ada hampir 6 juta orang sanggup mati untuknya. Begitulah betapa kuat dan berpengaruhnya Sai Baba ketika itu walaupun tiada media sosial di zamannya.

Sai Baba dikenali sebagai “wali” untuk agama Hindu yang “soleh” dengan “keramat” yang boleh merawat pelbagai penyakit. Yang lebih menarik, dia mampu mengeluarkan emas dari tangan kosong dengan menggunakan silap mata.

Sai Baba juga sangat kaya. Ketika zaman hidupnya, tiada siapa yang tahu dari mana datang kekayaannya. Dia membangunan hampir 1200 pusat organisasinya, banyak rumah-rumah perlindungan, sekolah-sekolah dan hospital-hospital dia bangunkan. Dia dikenali juga sebagai seorang dermawan dan filantropis.

Popularitinya di kalangan rakyat dan orang awam menjadikan Sai Baba untouchable dan invincible. Politikus dan kerajaan terpaksa menunggang popularitinya. Walaupun mereka mendengar dan mendapat laporan tentang kecurangannya.

Ketika itu pun telah muncul beberapa pihak yang bangkit membongkarkan penipuan-penipuan Sai Baba seperti silap matanya, cuci duit dan sexual harrassment terhadap wanita-wanita. Juga terdengar dakwaan dia melakukan sex abused dekat kanak-kanak lelaki.

Tetapi semua itu dinafikannya dengan kata-kata hikmah, sedih, cerita sumbangannya selama ini dan air mata mata keramat. Pentaksubnya pula akan menyerang mana-mana individu atau pihak yang cuba mengkritik dan membongkar penyelewengan dan kecurangan Sai Baba ini.

Nama Sai Baba terlalu besar sehingga para mangsa menjadi takut hendak melaporkan salah lakunya. Bahkan pihak kerajaan juga takut nak ambil apa-apa tindakan. Sehinggalah seorang demi seorang mangsa tampil.

Akhirnya nama Sai Baba goyang. Yang mencari kebenaran meninggalkan Sai Baba. Yang taksub, masih terus menyembah Sai Baba sampai hari ini.

Setelah kematian Sai Baba, didapati sejumlah harta bernilai berbillion dijumpai. Setelah disiasat, kebanyakan punca kekayaan tersebut adalah daripada aktiviti haram yang menggunakan khidmat Sai Baba untuk disucikan.

Itu kisah Sai Baba. Sebab itu Islam melarang taksub. Melarang melampau dan memuji muja tokoh secara berlebihan. Dalam berbaik sangka, tetap kena skeptikal. Islam tidak menolak logik, Islam itu sendiri logik dan beyond logic.

Terus ber #mindaskeptikal dan amalkan #evidencebased dalam kehidupan anda. Jangan ditipu dengan karaktor-karaktor seperti Sai Baba, Ustaz Mahdi, Abuya, Ibnu Muljam, dan akhir sekali Dajjal yang boleh membawa syurga dan neraka di depan mata anda.

😉

#JanganTaksub

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.