“Cerita Burung” adalah sajak yang ditulis oleh seorang pensyarah yang menganjing masyarakat tentang cara mereka berfikir dan menjalankan kehidupan.
Percaya cerita burung,
Kodok keluar tempurung,
Sangkanya,
Ah..
Hujan telah turun.
Rupanya.
Ah..
Kemarau bakar rentung.
Hei Buyung,
Jangan percaya cerita burung.
Hey Buyung,
Ah..
Ubah nasib bukan sekadar bermenung,
Matahari telah tinggi,
Si Dollah masih tidur lagi,
Mimpi seribu rezeki.
Melayar terbang.
Matahari telah tinggi,
Si Dollah masih tidur lagi,
Mimpi seribu rezeki,
Melayar terbang dengan senyum,
Hei Buyung, Buyung..
Hei Buyung, Buyung..
Berhenti hidup mahu di tolong.
Hei Buyung,
Sendiri hidup sendiri tolong.
Percaya cerita burung,
Percaya cerita burung,
Percaya cerita burung.
Hingga mati kau terus termenung..
Sajak ini dilagukan oleh Ayie Ramli dan Tune Zikri.