HIDILYN DIAZ – GOLD MEDALIST SUKAN OLIMPIK PERTAMA BUAT FILIPINA

H

Dia tak berlatih di negara maju sebelum memenangi emas di olimpik. Dia tak berlatih di kompleks sukan yang mewah dan berteknologi tinggi. Dia hanya berlatih di rumah seorang mantan ahli angkat berat di perkampungan Melaka.

Dia tekad memenangi pingat emas setelah memenangi pingat perak di Olimpik Rio 2016. Entah berapalah modal negaranya berbelanja untuk menghasilkan pingat emas olimpik pertama Filipina.

Kalau modalnya tinggi untuk menghasilkan pingat emas itu namanya berbaloi. Tapi kalau modalnya rendah untuk menghasilkan pingat emas juga, itu namanya effective. Modal besar atau kecil, yang penting ia pingat emas. Lebih bergaya dengan modal kecil. Tidaklah ada isu adil atau tidak, seperti kata-kata

“bolehlah, kerajaan spend berjuta-juta kat kau. Itu pun tak menang. Aku ni sikit je. Tak menang logiklah.”

Malaysia masih kempunan emas pertama olimpik hingga hari ini. Entah berapalah duit rakyat yang kerajaan telah berbelanja untuk mendapatkan pingat emas di olimpik sekian lama. Ada yang dihantar ke negara maju, ada yang diimport coach dari negara juara.

Hidilyn Diaz telah membuktikan semua itu poyo. Dia telah buktikan untuk menghasilkan emas olimpik tidak perlu semua itu. Usaha fizikal dan mental yang datang dari diri sendiri walaupun berlatih di garaj rumah kampung di Melaka. Coachnya pun biasa-biasa dan tidak ramai. Adakah atlit kita boleh dapat pingat jika berlatih di garaj Hidilyn berlatih tersebut?

Pada aku, tiada guna dihantar ke pusat latihan terbaik dunia atau menggaji coach terhebat di dunia, kalau diri sendiri masih kekal dengan mentaliti bukan terbaik di dunia. Nak berjaya, di mana-mana pun kita boleh berjaya. Macam para pemain bola sepak lagenda dari Brazil.

Kebanyakan mereka datang dari keluarga miskin, tak cukup makan, tak cukup pakai. Tapi mereka menjadi juara dunia. Adakah teori “hard time creates strong men itu benar” ?

Entahlah. Banyak kita kena fikir the other way round. Bukan dengan kira-kira arithmatic ringkas, spend more, gain more. Nampak macam tak berapa tepat. Yang nampak hasil setakat ini hanya beberapa orang sahaja.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.