“Bro, sejak bila kau jatuh cinta dengan lawyer Bainun?”
Itulah soalan yang kawan-kawan aku tanya. Aku pun taktau bila. Entahlah. Aku tak pernah kenal dia. Aku cuma tahu dia lawyer Bainun. Dia bekas DPP, majistret yang hebat dan ahli Tiktok. Setakat itu sahaja.
Aku ni langsung tak personal pun dengan lawyer Bainun ni. Biasalah, sebagai netizen tidak bertauliah, sudah pasti aku sentiasa persoalkan perkara-perkara yang aku rasa tak kena. Langsung tiada rasa benci kepada lawyer Bainun. Dia dibayar. Dia buat kerja. Aku faham.
Beza aku dengan dia adalah adik Bella yang aku pertahankan adalah kanak-kanak, OKU, dan perempuan. Dia lemah, tidak lancar berbicara, yatim piatu dan sebatang kara.
Nak dibandingkan dengan Bainun yang kuat, gagah, kerja bagus, gaji besar kerja NGO sampai boleh hadiahkan adik angkat Honda City katanya, ahli politik, jaguh sukan dan juga jutawan. Berkereta jenama negara, megah menyusur di jalan raya.
Aku pula berjuang untuk adik Bella takda apa kepentingan pun. Adik Bella bayar fee aku? Come on guys. Apa benefit aku dapat pertahan adik Bella yang telah didera dan dicederakan dengan sangat dahsyat. Apa yang aku dapat?
Aminahtul telah membuat laporan polis terhadap aku, selain menghantar LOD kepada Pn. Mona Din dan Mommy. Baru-baru ini, dikatakan Aminahtul telah menghantar surat cinta tunjuk sebab kenapa aku jatuh hati terhadap dia. Eh, silap. Tunjuk sebab kenapa aku pertikaikan Bainun.
Dahsyat, kebal sangat Bainun ni, aku persoal kelayakan Bainun ada anak angkat pun, dapat notis. Tapi notis tu tak diserah. Serah jelah kak. Boleh saya share dengan rakyat marhaen yang lain. Sudah pasti aku bertanya kelayakan dia. Dia kerja apa sampai kaya sangat boleh bela anak yatim ramai-ramai. Mana dia dapat duit? Itu sahaja.
Anyway, inilah harga yang aku terpaksa bayar dalam perjuangan aku pertahankan anak OKU yang sebatang kara. Aku tak dapat legal fee atau pun consultation fee. Ice cube free pun aku tak dapat. Dapat surat cinta lagi ada.
Sejak hari itu cinta aku berputik kepada lawyer Bainun yang sorang tu. Bukan lawyer yang heret bag tu. Yang senior tu. Yang lenggang kangkung je pergi court. Style habis! Dia suruh laywer junior datang heret bag dan bawa dokumen tu. Patah tulang rusuk aku.
Aku percaya, Aminahtul orang yang baik. Dia buat kerja dia. Sama je macam aku. Kami sama-sama berjuang. Bezanya, dia mungkin dibayar, aku pasti tak dibayar. Dia pertahankan Bainun yang gagah perkasa, aku pertahankan adik Bella yang lemah dan sebatang kara.
Aku dah sebut dari awal dulu. Kalau inilah harga yang aku kena bayar untuk pertahankan Bella. Takpalah. Cumanya, aku adalah hiburan dan jenaka melihat telatah Aminahtul di Tiktok. Ya. Aku buka Tiktok tengok dia je. Idola Tiktok aku.
Buat para pejuang Bella, jangan risau. Walaupun aku dah jatuh hati dekat lawyer Bainun, perjuangan tetap diteruskan. Kami profesional. Kekanda di medan perang, adinda di medan seni. Sama-sama berjuang, sama-sama berbakti demi ibu pertiwi..