KERAJAAN PATUT LEBIH TEGAS DAN PROGRESIF MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA YANG SEBENAR DALAM HAL KEBAJIKAN MASYARAKAT

K

Sejak aku terlibat dalam drama #JusticeForBella, pengetahuan aku tentang hal JKM ini bertambah. Kelemahan-kelemahan JKM dan peruntukan undang-undang yang dilihat sangat tidak progresif yang menyebabkan cerita-cerita hitam disapu di bawah katil dan didiamkan.

Kes penderaan Bella telah membuka mata banyak pihak tentang kelemahan dan kecurangan mereka yang terlibat dengan industri ini. Ya, ia industri! Boleh buat duit dengan lakon layar NGO dan buat amal. Walhal mereka buat cashout yang sangat menguntungkan. Dan mereka nampak baik dan suci!

Sebab itu mereka yang ada rumah kebajikan ni, bersungguh-sungguh nak teruskan. Yang dah kena sita, sanggup ambil lawyer lawan. Bayar pakai duit dia? Pasti tidak. Bayar pakai duit korang derma tulah kot. Kalau korang check, biasanya mereka ni tiada kerja tetap, full time dengan kerja kebajikan. Mana diorang dapat duit atau gaji untuk kelangsungan hidup?

Sebagai contoh, Rumah Bonda. Siti Bainun tu. Dia kerja apa? Berniaga apa? Mana dia dapat duit untuk hidup kalau dia kata tak ambil gaji dari NGO dia? Si Syed Azmi pun dah resign sebagai farmasis, mana dia dapat duit? Ohya, ada elaun-elaun jawatan yang kerajaan lantik tu? Nampak tak, segala jawatan-jawatan yang dilantik itu semuanya bermula dari marketing “perjuangan” melalui NGO. Boleh masyuk?

Yang menjadi persoalan aku.

1. Bagaimana rumah perlindungan yang tiada lesen JKM boleh beroperasi? Bahkan pegawai sosial juga tolong mempromosi bagi pihak mereka.

2. Bagaimana kerajaan boleh membenarkan orang bujang mengambil anak angkat? Peruntukan undang-undang yang membenarkan wajib disemak semula. Tak bahaya ke mereka tinggal berdua?

3. Bagaimana kerajaan boleh menyokong seorang yang tiada kerja tetap mengambil anak angkat ramai-ramai? Siapa nak jaga anak-anak tersebut? Ohya, ada elaun JKM kan? So boleh ambil orang bayar upah.

4. Bagaimana kerajaan boleh melepaskan seorang yang tidak sihat fizikalnya untuk mengambil anak angkat? Kalau diri dia pun tak boleh bela, macam mana nak bela anak orang.

5. Adakah kerajaan buat siasatan tentang latar belakang dan psikologi ibu ayah angkat? Terdapat aduan yang g@y dan lesb0 juga giat mengambil anak. Apa value fitrah yang mereka akan ajar anak kecil itu nanti?

6. Adakah kerajaan benar-benar melindungi anak OKU dibawah seliaan JKM? Apa yang berlaku kepada adik Bella sangat membuka mata. Bagaimana dia boleh dilepaskan kepada orang yang tidak bertanggungjawab? Natijahnya, dia didera sedemikian rupa.

7. Untuk kes Bella didera. Sepatutnya Bella sebagai anak JKM dibela dan dituntut keadilan oleh JKM. JKM patut menyaman penjaga dan mereka yang menganiaya Bella.

Apa nak jadi masyarakat kita nanti? Entahlah. Sebagai netizen tidak bertauliah yang tidak dibayar fee, aku hanya boleh raise the issue untuk membangkit kecaknaan masyarakat.

Tak suka apa aku tulis? Boleh follow page orang lain. Boleh unfollow dan block aku. Nak aku block pun boleh.

Anyway, gambar dibawah sekadar hiasan.

#JusticeForBella
#Justice4Bella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.