“Kalau tak masyuk, siapa nak buka!”
Kata seorang netizen. Rasanya sangat benar kenyataan di atas. Aku cuba senaraikan beberapa kebarangkalian.
1. Rumah kebajikan ini berselindung di sebalik nama NGO yang berdaftar dengan ROS.
2. ROS punya undang-undang cukup sekadar internal audit sesama mereka. Jadi duit keluar masuk, hanya sesama AJK dan ahli sahaja yang tahu.
3. Duit yang diberi cash. Diorang declare ke? Pasti tidak.
4. Rumah kebajikan dan NGO biasa jadi tempat cuci duit.
5. Barang-barang yang korang infaq or bagi tu. Pemilik rumah kebajikan yang ambil or jual balik. Kadang-kadang dia guna untuk kebajikan dia balik. Nampak dia pemurah.
6. Selain ada bantuan dari JKM, kadang-kadang ada geran dan sumbangan dari orang politik. Inilah vanue orang politik nak berdrama.
7. Senang nak lobi orang kaya dan syarikat koperat yang nak buat csr dan cuci dosa.
8. Kau nampak baik dan penyayang walaupun tak guna duit kau sesen pun. Operasi semua pakai duit orang. Kau siap boleh ambil gaji lagi.
9. Tak memerlukan IQ dan kebijaksanaan yang tinggi pun untuk run rumah kebajikan.
10. Kau takkan ada risiko kebuluran. Hanya perlu attach dengan influencer yang berpengaruh untuk mengutip dana.
11. Segala supply dan kontrak rumah kebajikan kau, kau sublah dekat family-family dan kawan-kawan kau sebagai proxy.
12. Jimat tenaga kuli. Cari volunteer!
13. Boleh jual baby yang comel dekat orang kaya yang nak cari anak angkat.
Apa lagi? Korang tambahlah..
Sebab itu aku tak pernah nampak mana-mana orang yang ada rumah kebajikan ni miskin papa kedana, hatta dia sendiri entah sapa-sapa. Siap ada yang boleh beli kereta cash untuk adik angkat, ada banyak beg LV siap buat lelong. Ada duit melancong ke oversea.
Dari mana diorang dapatkan kekayaan itu?
Tell me..