TALIBAN NAIK, PN TURUN..

T

Ketika aku di Adelaide, selain kaum Turkistan (Uyghur) yang menjadi teman rapat aku, seorang lagi teman rapat aku ialah bangsa Pathan (Pushtun) dari Afghanistan.

Badannya tinggi dan panjang, tangannya besar, wajahnya bengis, tapi seorang yang friendly. Dia datang dari Afghanistan ketika perang Soviet. Atas sebab itu aku selalu nganjing dia dengan ungkapan seperti ini,

“Real Pathans fight in Afghan, fake Pathans eat with me..”

Suatu hari saudara dia datang dari Afghan, dia ex-mujahidin yang lawan Soviet dulu. Memang nampaklah kesan-kesan perang dia seperti luka-luka di muka dan di tangan. Tapi, orangnya sangat lembut, senyum je.

Aku pun tanyalah, macam mana dulu hidup masa perang dengan Soviet? Dia ceritalah, dia ni masuk madrasah masa tu. Tiba-tiba dengar seruan jihad. Mudir madrasah tanya, siapa nak ikut syahid? Semua pelajar on. Takkan dia tak on. Ketika itu umurnya baru 16 tahun.

Bermulalah dia angkat senjata, belajar baling bom dan berlatih combat fighting. Aku tanya dia tidur dulu macam mana? Dia kata diorang tidur atas batu sampai rasa batu pun enak dan lembut. Troop dia dipimpin oleh mudirnya seorang yang soleh, diorang semua bangun tahajjudi setiap malam dan solat Subuh tanpa tertinggal.

Serangan-serangan mereka buat pun selepas Subuh kerana itulah waktu paling sedap tidur tentera Soviet dan saat mereka lemah. Banyaklah lagi dia cerita. Cuma aku nak tulis satu benda yang dia sebut yang hari ini jadi kenyataan.

Dia cakap, Afghan ni bumi pahlawan. We are the fierce fighters in history.

“We battled with Alexander The Great, he lost in Afghan. Indian tried to invade Afghan, they lost in Afghan. Chinese once tried to enter Afghan, they lost and stop at Turkistan. Soviet also lost in Afghan, insyaAllah America also will be defeated in Afghan..”

Aku terlupa satu benda yang dia sebut. Afghan ni tak pernah aman lebih 10 tahun. Diorang suka perang dan nanti mesti perang lagi. Kalau tak perang dengan orang luar, diorang akan perang sesama sendiri. Dia cerita sambil ketawa.

Bila semalam dengar news US chow dan Taliban masuk Kabul. Maka, benarlah yang Afghan ni bumi pahlawan yang tidak kenal erti mengalah. Mereka lawan dan terus melawan. Akhirnya, mereka menang.

Sedangkan tahun 2020 sudah berlalu. Mereka terus berperang dan akhirnya menang tahun 2021. Malaysia pula, janji nak siapkan kereta terbang tahun 2020, tahun 2021 masih tak nampak bayang. Bagi geran RM500k dan RM20 juta untuk apa? Cashout?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.