MEMBELA ADIK BELLA TIDAK PERLU LOGO DAN LENCANA, IA SEPATUTNYA MERENTASI MAZHAB DAN PENDIRIAN PERIBADI..

M

“Bro, budak Alwi tu punya personal dengan hang sampai dia sokong Asiah Jalil dan tak sokong #JusticeForBella..”

Aku sebenarnya malas nak layan dah sifu jual kelas saham ni. Sembang je lebih puak ni. Aku pun pernah cabar diorang buat backtesting, tak berani datang pun.

Tapi pasal dia tak sokong adik Bella disebabkan aku yang fronting kes adik Bella ni aku rasa lawaklah. Sampai Bomoh Bursa pun ada komen yang dia declare sokong Asiah Jalil.

https://www.facebook.com/115189613719682/posts/296056018966373/

Aku cuma nak komen secara umum dengan ayat Quran yang bermaksud,

“Berlaku adil, itu lebih dekat dengan taqwa.”

Adik Bella ini seorang kanak-kanak perempuan, OKU dan sebatang kara. Dia tiada ibu, tiada ayah dan tiada kerabat yang datang membelanya.

Aku, Kaklong Mona Din dan rakan-rakan yang lain tampil jadi godfather, godmother, godbrother dan godsister kepada adik Bella kerana kami tahu, kami pasti kecederaan yang dilalui Bella bukan sekadar pengabaian.

Bella bukanlah seperti kita, yang boleh bangkit melawan, menulis dan boleh mengajar saham. Tidak, jeritan batin dia siapa yang nak dengar, dia akan dengar. Siapa tak nak dengar, dia akan ambil side lain.

Kami yang berjumpa sendiri dengan pihak siasatan, kesihatan dan saksi-saksi mata. Kami dengar dengan kepala dan telinga kami apa sebenarnya berlaku.

1 April 2021 Bella dijumpai oleh penduduk kondo tempat adik Bella tinggal dalam keadaan yang menyedihkan, sudah berparut, berluka, kurus dan mata yang lebam.

Siapa nak percaya kisah bahagia yang diceritakan itu silakan. Aku susah nak percaya, kerana fakta-fakta tersebut tidak tally dengan laporan polis yang dibuat oleh saksi-saksi.

Aku cuma pelik, kenapa laporan polis saksi-saksi tidak digunakan. Takpa, pihak kami telah dapat beberapa peluru yang sangat power. Sampai masa kami akan release.

Buat masa ini, kami simpan dulu. Kami ikut saluran yang betul. Pasal budak Alwi ni, dia ni budak ISMA, biasalah perangai camtu. Suruh dia komen pasal Aman Palestin yang dah 5 tahun tak beraudit dan CEO Aman Palestin berbohong tu jauh lebih afdhal.

Aku ajak berdepan dengan aku buat backtesting teknik koffkoff dia takmau, terpaksa nyorok belakang Asiah Jalil nak lawan aku. Majlis Ulama ISMA dah keluar fatwa siapa lawan aku, wajib sokong ke?

Dasar walau’un dan taasuber..

😜

#JusticeForBella
#Justice4Bella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.