ADA LAGI ORANG PAKAI CEREK HARI INI?

A

Rasa nak tergelak guling-guling bila peguam pembantu bertauliah yang heret beg peguam senior yang syantik dan comel cerita yang kononnya kisah sebenar adalah tiada penderaan berlaku. Macam dia ada dalam rumah tu.

Aku tak pelik kalau peguam-peguam dia percaya dan cuba menyebarkan propaganda untuk membela anak guamnya. Yelah, bukan percuma service mereka tu. Mereka dibayar. Money talks. Money speaks louder than truth. Biasalah.

Yelah, client mereka bukan kaleng-kaleng kan? Kaya raya, jaguh sukan dan juga jutawan. Berkereta jenama negara, megah menyusur di jalan raya. Alam siber teknologi terkini, kejayaan semakin hampiri..

Cumanya, aku sebagai manusia yang ber#mindaskeptikal tertanya-tanya, dalam pada kayanya dia, siap boleh hire 2 orang lawyer. Seorang buat bicara, sorang buat heret beg dan sebar propaganda.

Tinggal di kondo mewah, katanya dibeli cash. Kalau betul memanglah idola anak muda! Diceritakan juga siap boleh bagi kereta kepada adik angkat yang dibeli cash. Bukan Axia Kompang mahupan Alza Mayat, tapi kereta H! Honda tau! Peguam pun belum tentu mampu beli Honda cash. Ke bagi deposit je? Beli loan? Haha. Entahlah. Kalau benar semuanya cash, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tolong check.

Yang aku pelik dan sangsi ni adalah dalam segala kemewahan dan kekayaan yang ditunjukkan. Tiba-tiba di kondo mewah itu tiada water dispenser macam Coway, Coockoo atau lain-lain jenama. Hairan bukan? Aku yang marhaen lagi hina ini pun ada sebiji dekat rumah untuk buat kopi dan susu anak. Kadang-kadang guna buat masak mi segera. Maklumlah, adik Bella tak bayar fee dekat aku kan? Kerja lillahi taala.

Dalam masa yang sama, jiran-jiran di kondo mewah itu telah memberi persaksian yang pada 1 April 2021 mereka telah pun bertemu Bella dalam keadaan yang menyedihkan, bahkan, menurut sumber penduduk di sana, adik Bella pernah turun ke management office mencari air kerana kehausan! Itulah pengabaian barangkali.

Entahlah, secara logiknya macam ada yang tak kena dengan fakta yang Bella bahagia sebelum bulan May 2021 telah disangkal dari pihak yang datang secara merdeka dengan gambar dan screenshot tarikh. Siapa nak Honda, boleh percaya. Siapa nak kebenaran, sila skeptikal.

Jangan risau, beberapa saksi-saksi baru akan tampil memberi persaksian untuk membela adik Bella tanpa disangka-sangka. Kita tengok, adakah DPP atau siasatan nak membela Bella atau nak mendiamkannya.

Jangan risau Bella, kami akan tolong suarakan. Walaupun ada pihak yang cuba mendiamkan kami dan menyalahkan Bella. Ramai lagi akan tampil.

Harapnya kami boleh tumpang perahu adik Bella ke syurga andai kata perjuangan kami diterima. Sebab adik Bella tak bayar apa-apa fee dekat kami. Adik Bella belanjalah kami tiket naik perahu tu dengan doa adik Bella ya..

😉

ps : Ada ramai budak-budak, baby-baby takkan orang yang concern pasal kanak-kanak takda safety awareness nak pakai cerek. Hairan!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.