INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY!

I

Mungkin Encik suami telah difitnah. Encik suami diburuk-burukkan dan difitnah sebagaimana Nabi Yusuf difitnah Zulaikha.

Kami menunggu laporan polis, laporan perubatan, pendakwaan dan akhirnya penghakiman. Jika tidak. kisah ini hanyalah imaginasi penulis untuk meraih populariti.

Paling tidak pun, ada lampiran laporan polis, bukti video perbuatan tersebut dilakukan, gambar luka atau kesan dipukul, atau akuan bersumpah daripada saksi atau mangsa. Bolehlah kami memberi sedikit benefit of the doubt.

Kalau tidak ia mungkin kemalangan dan kenakalan anak perempuan itu. Mungkin Encik suami sedang training swing kayu golf atau swing raket, anak perempuan itu berlari ke arah radius training Encik suami. Semalam kan ada game badminton. Ye tak?

Boleh jadi bukan? Hidup ni kita kena sangka baik. Kalau bonda angkat dianggap penyayang, takkan ayah kandung yang keluar belanja dari kecil sampai besar, emak dia pun ayah dia bagi belanja nak berlaku zalim pada darah daging sendiri. Ye dak?

Marilah kita berpegang kepada prinsip innocent until proven guilty. Maka Encik suami tidak memukul dan menampar selagi tidak dibuktikan di mahkamah.

Ingat pesan Ustaz Madi,
“Selagi mahkamah tidak membuktikan aku ni bersalah, bermakna aku belum lagi bersalah. Adalah haram dan berdosa bagi sesiapa yang mengatakan aku bersalah selagi mahkmah belum menjatuhkan apa-apa hukuman kepada aku. Itu fitnah dan fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh.. Aaaa…”

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.