APA SALAH AKU?

A

Ramai yang tanya, kes apa aku dipanggil ke mahkamah tempoh hari? Baiklah, aku terangkan. Aku pun baru tahu last week bila aku terima dokumen.

Rasanya pasti ramai yang mengetahui aku ialah tonggak utama yang bersuara membela adik Bella. Seorang kanak-kanak perempuan OKU, down syndrome dan sebatang kara. Kanak-kanak yang tiada sesiapa di dunia ini dan tidak boleh bersuara seperti kita.

Bella ialah seorang kanak-kanak yang dijumpai dalam keadaan yang sangat menyedihkan, penuh dengan luka-luka segar dan parut-parut lama. Aku percaya dia telah dizalimi. Aku bersuara dan membelanya kerana merasakan dia tidak dibela dan mendapat keadilan sewajarnya pada awal dia dijumpai.

Siti Bainun (OKT kes adik Bella) telah memfailkan saman komital atas dakwaan aku menghina mahkamah. Jika disabitkan aku bersalah, aku boleh didenda atau dipenjara. Itulah sebabnya mengapa aku terpaksa hadir ke mahkamah.

Mungkin inilah harga yang aku kena bayar kerana membela seorang kanak-kanak perempuan, OKU, down syndrome, sebatang kara, yang telah didapati cedera teruk ketika dijumpai di rumah Siti Bainun.

Aku takut? Tidak. Bahkan aku gembira. Apa erti perjuangan kalau tiada mehnah. Kalau adik Bella boleh tahan luka sebegitu teruk untuk terus hidup supaya dunia dapat melihat bukti mentah luka-lukanya. Ini pula aku, seorang lelaki yang gagah perkasa.

Cumanya aku tertanya-tanya, adakah persoalan yang aku zahirkan di media sosial, sebagai rakyat Malaysia yang cakna tentang isu masyarakat dianggap sebagai menghina mahkamah?

Kenyataan aku sangat jelas. Langsung tidak menghina, mempertikaikan dan mempersoalkan apa-apa keputusan mahkamah yang mulia. Lagipun, aku hanya bertanya tentang kelayakan OKT, bukan kredibiliti mahkamah.

Layakkah dia menjaga 4 anak angkat tersebut? Sempat ke? Dia kerja apa? Berniaga apa? Ada masa ke? Mampu ke? Takkanlah dengan bertanya sebegitu pun tidak boleh? Takkan bertanya seperti itu dianggap menghina mahkamah? Kalau sempat, mampu dan ada masa. Takpalah. Takkan tanya pun tak boleh di bumi Malaysia yang bertuah ini?

Tetapi, sekiranya persoalan-persoalan aku tersebut dianggap menghina mahkamah, aku tiada masalah memohon maaf kepada mahkamah. Bahkan, aku telah memadam posting tersebut setelah aku tahu posting tersebutlah yang dipertikaikan, ianya sebagai bukti aku tidak ego, tidak berniat jahat dan bersedia memberi kerjasama kepada pihak mahkamah.

Sebelum ini pun, pihak di sana telah buat laporan polis ke atas aku, alhamdulillah, macam tiada kes. Tiada apa-apa pun selepas itu. Kali ini, mereka cuba cara ini pula. Takpalah. Itu hak mereka sebagaimana aku punya hak untuk bersuara.

Jadi apa salah aku?

Aku bukan seorang pendera kanak-kanak perempuan. Aku juga bukan pendera kanak-kanak OKU. Paling utama, aku juga bukan seorang anak derhaka, menantu derhaka dan isteri derhaka.

Tak pernah aku memfitnah suami aku sendiri dan memfitnah beliau di dalam Facebook. Eh, silap, isteri aku. Aku juga bukan dramatis yang di Facebook memaki hamun suami sendiri, tetapi setiap bulan minta elaun dari suami kerja minyak & gas.

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.