BERLAKU ADIL, ITU LEBIH DEKAT DENGAN TAQWA!

B

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surat Al-Ma’idah Ayat – 8 )

Walaupun aku mungkin orang pertama di kalangan rakyat marhaen yang melawan dan mengkritik LHDN secara terbuka, tetapi aku tidak berani berkata perkara yang aku sendiri tidak pasti.

Tentang dakwaan setiap pegawai LHDN mendapat komisen daripada kutipan ke atas kes yang mereka ligan adalah tidak berapa tepat. Yang lebih tepat adalah mereka mendapat bonus setelah mencapai KPI.

Tentang 5% komisen kepada pemberi maklumat atau agent juga aku tidak tahu. Maka, sesiapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut perlulah membuktikannya. Sesuai dengan hadis Nabi SAW yang dijadikan kaedah dalam membuat dakwaan.

الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
Bukti ke atas orang yang mendakwa, sumpah ke atas orang yang mengingkari tuduhan ke atas dirinya.

Jadi, buat mereka yang bertanya tentang hal tersebut kepada aku. Jawapan aku adalah, wallahu’alam. Yang aku pasti LHDN mengambil agency fee daripada kutipan yang mereka berjaya kutip. So, gaji, segala bonus, insentif dan apa kejadah semua itu adalah di dalam agency fee yang LHDN dapat.

Aku mengharapkan pegawai LHDN juga berlaku adil dengan para tax payer dan menggunakan kaedah bukti ke atas dakwaan, bukan menuduh dan mengambil figure dari langit kemudian meminta kami pula membuktikan ianya tidak benar. Kaedah tersebut menyelisihi kaedah Islami.

Ingat, Kami WIRA NEGARA. TAX PAYERS are not CRIMINALS.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.