1. Bukan kerja SCRUT nak cop seller sana tipu, seller sini tipu. Kerja SCRUT bagi awareness dan sediakan solusi kepada masyarakat supaya tak ditipu kaum seller jahat.
2. CEO Prowheels menghubungi COO SCRUT Auto, Khairi. Khairi telah meminta CEO Prowheels yang bernama Solahuddin menghubungi aku.
3. Jika dah setel kenapa nak kena hubungi aku? Hal ini sangat jelas menunjukkan tiada settlement diantara aku dan dia melalui pihak lain.
4. Dalam komunikasi aku dengan Solahuddin, kami tidak mencapai apa-apa kesepakatan. Jadi menyatakan SCRUT melanggar kesepakatan adalah FITNAH jahat pihak Prowheels untuk mewujudkan sentimen buruk terhadap SCRUT.
5. Aku telah meminta pihak Prowheels melalui pengurusnya (since CEO Prowheels call aku minta maaf mewakilinya) melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada SCRUT supaya tidak mengelirukan masyarakat ke atas tindakannya. Kerana ia ditulis oleh pengurus jualannya. CEO Prowheels enggan melakukannya, kerana katanya,
“Nabi tak ajaq lagu tu..”
6. Mendengar ayat tunggang agama sebegitu, maka tiada kesepakatan yang dicapai akhirnya. Aku telah tuntut apa yang aku nak. Lagipun masalah ini bermula daripada pihak mereka melalui pengurus jualan mereka.
7. Justeru, cabaran terhadap SCRUT hanyalah taktik keji dan jijik Prowheels untuk meraih perhatian masyarakat.
8. Apa pun, SCRUT tetap SCRUT yang sentiasa bersama rakyat marhaen dan masyarakat, Prowheels adalah seller yang menjual kereta recond. Jadi, terpulang kepada korang nak percaya siapa.
9. Dah bawa turun belum banner ada tulis nama SCRUT di kedai tu? CEO Prowheels ada tanya aku hari tu,
“Ingat, hangpa besaq sangat ka?”
10. Kalau kami tak besaq, tak perlulah kot nak ride nama SCRUT dah macam tangkal azimat tergantung depan kedai tu! Boleh pakai pelaris lain kot!
Rujuk juga arkib ini :https://www.facebook.com/581817132303470/posts/1076132866205225/?d=n