Hari ini kami akhirnya bersama.
Aku, Mommy Zurianty dan Kak Long Mona Din.
Korang takkan tau apa yang kami semua lalui masa berjuang melawan kebejatan kezaliman ini. Aku sendiri telah disiasat polis kerana laporan jahat pihak sana, dikomital di mahkamah, diberi amaran LOD dan mungkin disaman.
Ini semua bukan untuk populariti. Kalau untuk popular, aku tak perlu tanggung semua ini. Aku boleh cerita indah-indah dan memberi motivasi untuk korang berangan-angan dalam kayangan. Fikirkan yang indah-indah.
Kenapa kami melawan? Entahlah, mungkin kami ditakdirkan untuk ini. Cumanya, aku taknak perkara ini berulang kembali. Aku tak mahu ada anak-anak tidak berdosa didera dan dicederakan. Lebih-lebih lagi anak OKU.
Dalam #JusticeForBella, aku belajar tentang kebobrokan NGO dan rumah perlindungan. Aku tahu dunia JKM dan dunia NGO yang penuh drama. Bila mengenang balik “bala” yang aku lalui ini, aku rasa sangat sesak dada.
Tapi, bila aku tahu yang adik Bella telah survive dengan suatu kezaliman yang sangat dahsyat,yang dia lalui seorang diri hampir lebih 1 tahun, aku rasa aku yang sihat segalanya patut lebih steady.
Perjuangan kami sepatutnya bukan sampai di sini sahaja. Tapi apakan daya, kami ini hanya orang awam yang tidak punya kuasa dan akta. Berjaya menambah satu lagi pertuduhan adalah kejayaan bagi kami. Jika tidak si suspek boleh bahagia dan gembira dengan pertuduhan pengabaian sahaja.
Ada di kalangan kami yang panjat ke AGC, YDP Agong, PMO, KPWKM dan mana entah lagi untuk menghantar memorandum bagi menunjukkan segala bukti yang kami percaya mampu memberi sabitan penganiayaan atau penderaan dalam kes kecederaan parah adik Bella.
Hasilnya, alhamdulillah. Pertuduhan ditambah. Peguam kisah sebenar dan tahu segalanya, yang mengZulaikha-kan Mommy Zurianty dan cerita dongeng tragedi hot water dispenser yang tumpah, semua itu adalah kisah kartun direka seorang peguam yang makan fee dari client sebagai propagandis.
Hanya orang bahalol sahaja yang percaya ceritanya. Cerita yang betul ditulisnya mungkin kisah lebai daiyus sahaja. Itu pun tak dibuktikan apa-apa. Adik Bella yang ada luka lama dan baru pun dia tak nampak, ini pula sekadar cerita nak mencari perhatian follower. Korang percaya ke?
Tapi, yang aku pasti. Dua orang iron lady di sebelah aku ini ialah seorang wanita, isteri dan ibu yang penyayang. Yang pasti bukan pendera kanak-kanak dan juga pemaki suami lebai daiyus!
ps : Apa khabarlah lebai daiyus semalam dan hari ini?