TAX RELIEF UNTUK BANTUAN BANJIR TAKNAK BUAT KE?

T

Pihak LHDN sepatutnya lebih progresif dengan memberikan tax relief atau benefit kepada mereka yang membantu tragedi banjir kali ini. Sediakan 1 tabung yang diselia oleh badan bebas dan diiktiraf kerajaan atau agensinya. Buatlah 1-to-1 dengan cukai yang kena bayar. Nanti scammer dah buat, korang pun tak dapat apa. Come on, buka otak tu cepat!

Kalau on, mesti bantuan akan turun mencurah-mencurah kerana aku pasti, masyarakat lebih suka tolong orang daripada tolong korang dapat bonus. Takkan masih nak fikir total collection dan fi komisen daripada kerajaan lagi? Takkan fikir bonus lagi time-time ni? Dah kata gomen takda duit kan?

LHDN buat Yayasan LHDN dapat 100 juta tu buat apa? Beli/buat property bagi LHDN sewa balik ke? Kalau betul macam tu, memang pandaikan diorang berniaga. Aku agak-agak je, since aku tengok audit report Yayasan mereka ada aset berpuluh juta.

Gunalah duit tu buat tolong orang tengah susah. Web apa semua takda laporan, taktau apa diorang buat dengan 100 juta diorang ambil tu. Aku dapat tau diorang buat team building dan family day dekat resort mewah, siaplah.

Jangan suruh aku cadang dekat Zafrul, aku takda no phone dia. Tapi aku pasti CEO ada no Zafrul. Boleh whatsapp je propose. Kata orang tua di Wakanda,

“Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih..”

Kalau aku ada no Zafrul, aku dah mesej dia camni,

“Alo bro, anak raja, orang kayangan, yang lahir dalam dulang emas, makan dalam pinggan perak, minum dalam cawan gangsa. Tolong buat tabung dengan tax relief untuk bantuan banjir. Tax payer mesti happy, kau pun nampak jadi hero. Itu pun kalau kau faham denyut nadi rakyat.”

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.