SAMAN TUN FAISAL

S

Beberapa hari lalu, Tun Faisal telah berulang kali menyebut yang aku ini seorang scammer secara terang dan innuendo. Tak mengapa, asal dia boleh buktikan aku seorang scammer di mahkamah nanti.

Tuduhan aku scammer ni sejak dari tahun 2017 masa Bitcoin baru meletup. Mereka yang terlibat dengan Bitcoin dituduh scammer dengan mudah kerana tiada ilmu dan jahil.

Ada juga yang sengaja buat fitnah kerana dengki dan khianat antaranya 2 orang bekas pekerja aku ni. Rujuk sini.
https://www.facebook.com/581817132303470/posts/1107245616427283/?d=n

Bila aku saman, terus ajak setel, minta maaf. Aku harap Tun Faisal sebagai pegawai menteri lawanlah. Aku confirm akan all out untuk saman Tun Faisal ini. Jangan jadi macam mereka sebelum-sebelum ni. Ajak setel, menangis, anak bini semua keluar.

Hari ini aku ada satu lagi saman fitnah terhadap Pengiran Luqmanul Hakim Bolkiah. Dia ni pun antara orang yang memfitnah aku bersungguh-sungguh dulu. Tapi bila buat defence, dia kata entiti itu bukan dia pula. Dia tak mengaku itu dia. Hilang terus Facebook dia kan?

Kes saman dia ini delay hampir 4 tahun dah. Macam-macam kejadian berlaku dalam kes ni. Kalau dia steady, dia patut buktikanlah. Dia kan dah kutip derma konon nak saman aku. Tak payahlah lari-lari. Ini pun sama je corner banyak.

Jangan risau, mereka-mereka yang pernah fitnah aku tu, aku akan kutip sorang-sorang nanti. Sabar ya. Tun Faisal ni suruh buat awal sebab dia pegawai menteri. Mungkin dia ada maklumat lebih untuk buktikan aku scammer. Maklumlah, pegawai dalam MCMC kan.

So, Tun Faisal Ismail Aziz, Once I made my move, I never retreat..

See you in court!

Jangan bagi alasan nanti tak maksudkan, bukan kata kat aku, ajak setel tepi lah, etc-etc..

Buktikanlah aku scammer. Aku nak dengar hujah dia..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.