Sunnah apabila hujan, kita diajar berdoa,
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ
“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.” (HR al-Bukhari)
Apabila hujan sudah berlebihan dan boleh membawa bencana, kita diajar berdoa,
اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan yang untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, sebahagian anak bukit, perut lembah, dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.”(HR al-Bukhari dan Muslim)
Begitulah ajaran pemilik alam ini, ketika hujan lebat turun tanpa henti, kepada siapa lagi mahu kau harapkan?
Hanya kepada tuhan, rabbul jalil, rabbul mutakabbir, rabbul rahman dan rabbul rahim. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu.
Alhmdulillah, portal bencanabanjir.com sudah mendapat lebih 500 laporan secara crowdsourcing.
Terima kasih dan terus berdoa!