Kami yang bayar cukai elok-elok, dikejar, dikorek dan dicari salah silap. Macam kami ni penjenayah.
Diugut dan diancam untuk menyusahkan kami. Disuruh kami tutup syarikat. Dibilangnya kami tak prudent businesman.
Yang terang-terang lari, dibiarkan. Pergilah cari, pergilah tangkap. Kenapa hanya nak kacau yang file ada atas meja saja?
Nak kejar, nak lanyak, yang tunjuk kaya tu takpala. Silakan. Artis-artis dan influencer-influencer yang tunjuk kaya, silakan. They deserve it! Nak tunjuk kaya, nak berlagak, bayar cukai!
Ini yang cerita pun pakai Axia Kompang, balu kematian suami, peniaga SMe, budak startup, b40 buka gerai tepi jalan, m40 buka restoran, orang baru meniaga yang nak dilanyaknya. Zionis betul!
Lagi satu nak sembang ni. Kita semua tahu, kita ada kawan-kawan yang ada cable, boleh adjust, bayar rendah, diskaun etc. Orang ada kuasa, orang politik boleh dapat “emphathy” daripada KP.
Rakyat marhaen?