Dulu aku tulis artikel ni. Tapi hari ni aku nak repost dengan sedikit updated info.
Korang perasan tak, dah makin ramai orang buat NGO. Korang juga perasan tak, orang yang run NGO ni biasanya takda kerja tetap, tapi survive je. Mana diorang dapat duit?
Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit. Tunggang NGO pun boleh buat duit. Sebab tu kau perasan ramai yang all out kutip derma, sampai sanggup tekan ads, billboard, buat content dan bayar iklan masuk media. Sampai ada yang sanggup berhenti kerjalah, full time dengan NGO dia!
Korang tau tak yang ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) membenarkan mana-mana NGO collect derma dan ambil up to 30% dari duit derma sebagai charge pengurusan. Kalau kau berjaya collect RM100k, kau boleh guna RM30k sebagai pengurusan. Begitulah seterusnya.
Lagi 1 perkara yang penting, ROS tidak mewajibkan audit tetapi hanya laporan kewangan. Alah, macam kelab pingpong sekolah. Ada bendahari bagi laporan, pengerusi sign je dan hantar. So, memang ramailah orang manipulate kelemahan regulasi ini.
Bila NGO tu kau yang control. Kaulah CEO, kaulah founder, kaulah pengerusi. Mestilah kau ada kuasa penuh. Hujah biasa puak ni, orang derma atau infaq disebabkan dia. Orang percaya dia. So, dia berhak buat apa sahaja.
Berikut cara mereka bikin wang dengan NGO!
1. GAJI.
Kutip derma atau infaq. Set gaji or elaun sendiri, masuk dalam charge pengurusan.
Dengan charge pengurusan nilah, kau boleh bayar sewa pejabat, bayar gaji crew dan juga gaji kau! Kau dibayar untuk buat baik. Benda yang kau suka. Bukan susah kan? Ada NGO yang kaya collect derma letak gaji RM20k tau dekat pengerusi dia!
2. SUPPLIER.
Kutip derma atau infaq. Kau sendiri jadi supplier.
Kau buat announcement yang kau nak sedekah facemask dekat B40 dari PPR. So kau cari orang nak infaq or derma. Kau sendiri supplier. Lepas dah collect duit derma dan infaq tu, NGO kau beli dekat kau facemask tu full price. So, kau dapat sales.
3. KRONI.
Kutip derma atau infaq. Kroni kau yang supply. Kau cashout tepi.
Kau minta derma untuk buat rumah asnaf, duit dah dapat. Kau lantik kawan kau jadi kontraktor. NGO kau bayar dia, dia kasi kau 10%!
4. BUAT PROGRAM BISNES.
Kau guna NGO kau buat program waqaf sambil berbisnes.
Dia kumpul orang, collect sorang RM1000 untuk beli ayam serama, jadi return 50/50. 50% ke asnaf, 50% ke pelabur. Kalau fail, dia akan return 50%. Beramai-ramailah masuk sebab nak tolong asnaf. Dia tak buat pun bisnes tu. Dia ambil 50%, dia return 50% seperti dalam agreement.
5. 100% KEUNTUNGAN UNTUK INFAQ!
Kau declare yang 100% keuntungan bisnes kau, akan kau infaq ke NGO kau.
Jadi beramai-ramailah orang membeli di kedainya. Walhal dia dah set gaji dia berpuluh ribu. Cover semua cost dah. Untung RM10, bagi semua RM10 pun kira 100% juga.
6. INVESTMENT UNTUK ASNAF.
Kau collect derma untuk NGO kau, kata kau akan invest dalam business. Nanti pulangan, boleh bagi dekat asnaf di bawah NGO.
Dia invest dekat company dia sendiri, or kroni-kroni dia. Bila rugi, dia cakaplah, investment mana ada janji untung. Itu riba. Ada yang lagi hampeh, dia buat main saham.
7. BELI HARTA (ASSET) UNTUK NGO.
Kau collect derma atau infaq untuk NGO kau, kau beli harta kau sendiri untuk cashout.
Kau ada van buruk. Kau sesak nak duit. So, kau collect derma untuk beli van kau yang kalau kau jual sendiri, takda siapa nak beli. Jadi kau guna power kau untuk NGO kau beli van buruk kau. Kautim!
8. LANTIK SYARIKAT SENDIRI.
Kau sebagai founder NGO kau, kau lantik kedai runcit kau jadi food bank orang miskin. Jadi supplier NGO kau.
Siapa bayar kedai runcit tu? NGO tula bayar. Kau jangan pelik, walaupun kedai runcit tu kosong, takda orang datang membeli, tak meriah. Tapi nanti sales dia berpuluh-puluh juta! Semua sales itu daripada NGO yang beli/oder dari kedai dia dengan duit derma atau infaq korang.
—
Setakat ni, 8 style ni la yang aku kesan. Kalau ada lagi, korang tambahlah. Sebab itu korang jangan pelik puak ni sanggup ni buat team publisiti ramai-ramai, dengan cameraman, soundman, content writer, video editor, designer. Siapa bayar semua tu? The more donation coming in, the merrier the NGO pocket.
Kalau dapat RM100,000, RM30,000 kau boleh enjoy as operation. Kalau kau dapat collect RM1,000,000, RM300,000 kau ambil. Kalau kau dapat collect RM100,000,000, RM30,000,000 kau boleh enjoy dengan NGO kau.
Ia legal dan tak salah di sisi undang-undang. Sebab itu makin ramai orang buat. Kerja senang bro. Bukan duit kau. Orang bayar kau untuk kau buat baik. Kau dapat duit, kau nampak baik.
Cuma aku tertanya-tanya, masa kau buat derma atau infaq tu, kau memang dah redha ke RM100 kau nak bagi dekat asnaf tu, hanya sampai RM70? RM1,000 kau tu sampai kat asnaf RM700 je. Ke korang tak tau?
Kau jangan terkejut orang yang run NGO macam ni, dia jadi kaya raya rasanya sebab duit derma tu je. Ada yang sampai kahwin 2,3. Entah berapalah gaji dia set dekat diri dia. Berapa banyaklah dia cashout. Kita tak boleh lepas ke situ.
Unless MA (management account), laporan kewangan dia, bank statement dan receipt-receipt dia terbocorlah. Itu sebab orang suka daftar dengan ROS. Tapi yang buat pertubuhan daftar dengan SSM pun ada yang sampai 5 tahun tak audit macam Aman Palestin. Siap menipu dalam press statement SSM bagi keizinan kononnya, tapi kantoi.
Ada yang lebih traditional, door to door kutip derma, tunggu dekat bank, mall. Korang ingat diorang fi sabi lillah? Tidak. Ada komisen diorang nanti. 30% margin ada kan, pandai-pandailah bedak-bedak nanti. Setiap orang ada bahagian masing-masing.
Jadi, kau jangan pelik boss-boss NGO ni rilex je full time dengan NGO. Hidup steady, kereta steady, berjalan oversea. Sebab semuanya sudah ditanggung. Mereka dibayar untuk buat perkara yang mereka suka.
Siapa yang tak suka hulur derma tapi dapat gaji? Kau pun nampak baik. Itu yang aku selalu tanya, kau meniaga apa? Kerja apa? So, korang tengok kepala NGO tu, turn on #MindaSkeptikal dan terus cari #EvidenceBased untuk menyokong kewajaran akal korang untuk berfikir.