Korang perasan tak, politician dan founder-founder NGO biasa bagi bantuan atau beli barang bantuan pakai cash. Perasan kan? Ada yang level bawa cash sampai kena bawa 3-4 orang bodyguard. Kenapa?
Korang bayangkan ada 1 NGO tu siap boleh bayar gaji sebulan RM15k untuk 2 orang co-founder dia. Bila ada kes, siap boleh hire peguam untuk lawan even diorang kalah. Mana dia dapat duit sebanyak tu? Selain 30% dia ngap, supply, etc. Ada satu lagi punca income dia.
MONEY LAUNDERING!
Mari aku cerita bagaimana kebiasaan NGO cuci duit. Biasanya NGO yang digunakan untuk cuci duit mesti mempunyai beberapa aset.
1. Founder-co-founder yang ramai follower.
2. Founder-co-founder yang suka berniaga.
3. NGO yang ada rumah perlindungan. Rumah orang tua, kanak-kanak, remaja, dan OKU.
So, bagaimana cuci duit dilakukan? Ada pelbagai cara. Aku cuba terangkan beberapa cara yang biasa digunakan.
Pencuci ada banyak duit haram daripada aktiviti ahlong, pelacuran dan perjudian. Ada yang daripada bank, ada cash. Biasanya cashlah. Mereka ini suka cash sebab susah nak tracing. Ohya, duit rasuah politikus juga.
1. Duit haram daripada bank syarikat dummy dan proxy pencuci duit.
Pencuci duit akan bank in kepada NGO kononnya bersedekah melalui syarikat dummy dan proxy mereka. Founder nanti NGO akan cashoutkan untuk memberi bantuan. Kemudian duit itu akan diberikan kepada pencuci duit itu.
Pusat pelacuran A ada banyak account proksi dan dummy. Kalau cashout direct atau transfer direct macam pelik kan? So, mereka kautim dengan founder NGO A tolong cashoutkan. Dealnya founder ambil 20%, 10% derma, 70% bagi balik kepada tauke.
Maka account-account proxy dan dummy cuci duit tu tansfer ke account NGO A. Let say, total up RM1 juta untuk satu batch. So, founder NGO akan cashoutkan RM1 juta tu atas alasan nak bagi bantuan. Korang perasan tak icon-icon NGO ni kalau buat video ada cash di tangan, siap bawa bodyguard ramai-ramai. Apa sebab? Asa banyak cash ler!
RM1 juta dah bawa keluar. Founder NGO ambil cash RM200,000 untuk dia. RM100,000 untuk buat content drama sayu dan konon dah hantar bantuan. Lagi RM700,000 dia bagi dekat tauke cuci duit. Dalam account NGO, RM1 juta dikeluarkan untuk memberi bantuan.
Kalau 1 batch. Kalau RM1 juta. Kalau 1 tauke cuci. Kalau dah berpuluh batch, dah berpuluh juta, ramai tauke? Kaya tak founder NGO tu? Walaupun business dia sendu, takda orang pun kedai makan, kedai runcit dan kedai baju dia. Nak check meniaga betul ke tak, tak susah pun SSM ada, audit report ada. Semua tu public document.
2. Duit haram cash.
Duit haram cash pula biasanya diorang nak bawa masuk ke bank balik untuk tauke cuci duit invest. So, macam mana dia gunakan NGO?
Kautim dengan founder NGO. Setup kedai atau setup business. Setup semua modal tauke bagi. Construction dan lain-lain. Let say, setup satu kedai RM300,000. Setup 10 kedai RM3 juta. Setup kedai semua ni dia buat cash deal.
Apa deal dia? Deal dia nanti, bila kedai dah siap, semua investment tu akan dibayar balik pakai duit derma daripada NGO. So, NGO beli barang kat kedai founder, founder bayar hutang/komisen/dividen/fee mengikut arahan tauke ke mana. So, takdalah direct sangat? Nampak macam profesional service.
Founder akan bayar dia pelan-pelan ikut deal dioranglah. Let say RM3 juta, dia nak RM2.5 juta je, so, RM500,000 founder punya. Jenis ni, tauke steady.
3. Cara politikus guna NGO cuci duit rasuah.
Duit-duit pow daripada penyamun yang politikus tolong kautim, duit-duit komisen tolong deal, duit-duit rasuah, duit-duit cuci yang politikus terima, dia suruhlah derma ke NGO-NGO, rumah-rumah kebajikan, yayasan-yayasan yang dia gunakan untuk cuci duit. So, nampak macam dia tak ambil lah duit-duit. Semua ke kebajikan kononnya.
Tapi, nanti founder NGO tolong cashoutkan, bagi dekat politikus tu cash. Founder ambik sikit. Sama macam point no satu kat atas tu. Itu sebab korang kalau tengok founder-founder NGO yang ada kena mengena dengan politikus ni masyuk. Tak payah kerja walaupun tak popular.
Korang biasa nampak kan politikus ni bagi cash, bawa cash. Mana dia dapat? Pernah dengar cerita duit cash berbag-bag terjumpa di rumah NGO kan? Cuma ada juga politikus yang tak cerdik, suruh tauke-tauke derma kat yayasan dia, tapi yayasan dia bayarkan credit card dia dan kereta dia.
Clear dah?
Aku pun pernah je tanya kawan-kawan aku yang banker-banker ni. Memang diorang admit, NGO-NGO dan yayasan-yayasan yang terkenal ni biasa je bawa keluar cash atas alasan nak bagi bantuan. Memang takda siapa pertikai pun kan.
Duit derma public tu kira macam bonus dan sulamlah dengan duit-duit haram tu. Tapi kalau duit derma public terlebih, founder NGO cashout macam posting sebelum ni ceritalah. Itu sebab founder NGO steady dan kaya!
Kaya dan berjaya! Nampak baik! Suka tolong orang! Allah sayang!
So, dah tau kenapa nama dia cuci duit aka money laundering? Sebab dia masuk sana, keluar sini, keluar sana, masuk sini. Faham?
Korang yang berniaga betul-betul takda NGO tu apa khabar? Sihat? Ke semput cam aku juga? Naik kereta apa? Mehlah join aku naik Axia Kompang je.