Aku bukan kaki kenduri. Tak kisahlah kawan baik ke, sedara mara ke, kalau ajak aku macam ajak-ajak ayam, aku consider bukan kewajipan untuk aku hadir.
So, aku takkan hadir. Tambah-tambah musim covid ni.
Tapi, kalau nak aku hadir, ajak betul-betul. Jumpa aku, call, mesej follow up, dan paling penting tunjukkanlah keseriusan.
Aku kalau jemput orang yang aku nak dia hadir, aku akan cakap macam ni,
“Kalau kau tak datang, aku buat satu lagi majlis untuk kau sorang!”
Setakat ni, Dato’ Haniff Borhan paling steady, dia punya jemput siap bagi aku hotel dekat majlis dia. Ini macamlah, baru real jemput!
Tapi kalau kawan-kawan mati, takyah jemput, aku sendiri datang cari 2 qirat.
Kalau LHDN jemput, ajak-ajak ayam pun aku datang. Jangan risau!