BOSSSUSU, AZMI ZAINAL SUDAH TIADA DALAM SENARAI PENGARAH FARM FRESH? KENAPA?

B

(Baca sampai habis kalau nak faham, sedikit panjang.)

Tahun lepas aku pernah tulis pasal Farmfresh. Tajuknya,

FARMFRESH MILIK BUMIPUTERA? MUSLIM? MELAYU? BMF?

Aku cuma tolong SCRUT adakah benar dakwaan-dakwaan sesetengah pihak yang Farm Fresh ini Azmi Zainal punya, orang kita punya, dan bumi punya. Itu saja. Tak sangka meletup. Dengar cerita sampai ada yang masuk hospital. Buat police report bagai ke atas aku.

Baru-baru ini aku telah mengkaji dan melakukan sedikit analisis dalam propectus Farm Fresh untuk ke IPO. Aku jumpa banyak hal yang aku rasa pelik. Nantilah aku ceritakan penemuan-penemuan yang aku rasa tak kena. Korang dah study belum?

Dulu ceritanya begini..

Dah banyak kali orang request aku SCRUT company Farmfresh ni. Aku malas nak buat dan perasan sibuk. Semalam sahaja aku rasa nak SCRUT sebab aku kan #MindaSkeptikal bila orang share dekat aku Farmfresh beli IXL di Australia.

Since maybe aku ni Bogan yang dah tinggal di Australia hampir 10 tahun. Aku rasa curious sikit. Jadi aku check lah. Dalam pengetahuan aku IXL ni brand sendu dah kat Australia, walaupun dia legend. Tak popular pun. Tak seperti Beerenberg. Ibarat roti Hi5 di Malaysia. Hidup segan mati tak mau, pekerja pun tinggal 40 orang je.

Anyway, lepas tu aku bacalah news-news di Australia pasal pengambilan tersebut, tak keluar pula nama Brader Azmi Zainal, yang keluar nama Loi Tuan Ee dan Pretty Adam sebagai director dan shareholder. Takda pula nama Brader Azmi Zainal. Maka ia menimbulkan doubt.

Jadi, aku mula SCRUT menggunakan Interepo (www.interepo.com) dengan mencari Farmfresh Milk Sdn. Bhd. Aku mendapati 2 orang pengarah yang mengawal syarikat tersebut ialah adik beradik Loi iaitu Loi Tuan Ee dan Loi Tuan Kin. Syarikat tersebut dimilik 100% oleh The Holstein Milk Sdn Bhd.

Farmfresh dimiliki 100% oleh The Holstein Milk manakala senarai pengarahnya ialah :
1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Azmi bin Zainal (Baru jumpa)
4. Amran Hafiz
5. Ganesh Kumar
6. Tan Chow Yin (VC Singapore)
7. Tan Mei Shwen

The Holstein Milk dimilik oleh :
1. Rainforest Capital 46.7%
2. Agrifood Resource 30% (2/4/2020)
3. Farmchoice Food 23.3%
4. Loi Tuan Ee 1%
5. Loi Tuan Kin 1%

Perlu diketahui, pengarah adalah lantikan dari shareholder, Azmi Zainal bukan dalam senarai shareholder dalam The Holstein Milk Company. Manakala adik beradik Loi ialah shareholder dan director. Takpa, kita terus menggali..

Rainforest Capital dimiliki oleh :
1. Cahaya Bintang Ltd 65% (Singapore)
2. Loi Tuan Ee 17.6%
3. Loi Foon Kion 14%
4. Loo Tuan Kin 3.5%

Manakala senarai pengarahnya ialah :
1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Loi Foon Kion
4. Chung Hin Chew (bukan orang Malaysia)
5. Tan Chow Yin (Singapore)

Rainforest Capital adalah sebuah syarikat investment holding company. Tiada juga nama Brader Azmi Zainal dalam ni. Takpa, kita cari lagi.

Agrifood Resource adalah 100% milik Khazanah National. So, bukan disini juga. Kita cari lagi.

Farmchoice Food pula dimiliki oleh :
1. Cahaya Bintang LTD 80% (Singapore)
2. Loi Tuan Ee 16.7%
3. Loi Tuan Kin 1.3%
4. Azmi Bin Zainal 1.3% (RM251k)
5. Pretty Adam 0.4%

Manakala senarai pengarah dalam Farmchoice pula ialah :
1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Tan Chow Yin (Singapore)

Dalam syarikat yang Brader Azmi Zainal menjadi shareholder, dia sendiri bukan pengarah. Dengan 1.3% (share value RM251,000) dilihat tidak significant dalam syarikat yang bernilai lebih RM100 juta. 1.3% daripada 23.3% rasanya kurang 1% pemilikan dalam Farmfresh dan The Holstein Milk Company. Kalau banding dengan ST Rosyam Mart, Rosyam ada 10%.

Yang jelas disini, adik beradik Loi dan VC dari Singapore memegang tampuk majoriti. Khazanah pula baru sahaja masuk tahun lepas sebanyak 30%.

Jika ditanya aku, adakah Farmfresh milik Melayu, Muslim, dan Bumiputera. Mengikut definition aku, ia tidak. Kerana tidak mencapai majoriti pemilikan syarikat tersebut dan penguasaan (director control) tidak berada dalam tangan orang Melayu, Muslim, dan Bumiputera.

Begitulah apa yang aku tulis dulu. Content dan context penulisan tersebut. Dengan fakta, data dan bukti-bukti yang aku tunjukkan, kesimpulannya Farm Fresh bukan syarikat milik bumiputera.

1. Azmi Zainal hanya memiliki 0.3%* daripada keseluruhan Farm Fresh menurut rekod daripada data rasmi.

2. Khazanah bukan entiti bumiputera. Entiti pelaburan bumiputera adalah PNB.

3. Ramai dealer Melayu tak menjadikan ia milik Melayu. Macam Atomy, ramai dealer dan leader Melayu adakah Atomy syarikat bumiputera?

Apa pun aku nak korang semua celik fakta. Jangan jadi si bodoh yang hanya percaya logo, kotak dan muka hadapan sahaja.

Aku teringat sahabat aku memberi analogi yang baik, katanya,

“Dulu orang Cina guna cap masjid untuk menggambarkan mereka seolah-olah syarikat Melayu. Mereka tak pernah mengaku mereka syarikat Melayu atau bumiputera. Tetapi mereka menyorok berselindung di sebalik cap masjid. Bertahun-tahun mak ayah aku ingat cap masjid ni milik orang Melayu.”

“Hari ini, cap masjid itu diganti dengan individu atau orang Melayu. Kira oklah, ada orang Melayu dibayar gaji, daripada dulu pakai cap masjid, langsung tak bayar apa-apa. Cumanya, kesannya tetap sama, ramai orang kita yang menganggap syarikat tu milik orang kita apabila “cap masjid” yang boleh bercakap Melayu.”

“Terima kasih kerana memberitahu fakta ini. At least aku beli pun dengan pengetahuan yang betul. Bukan ditipu macam zaman cap masjid.”

Dalam Islam, menyorokkan hakikat kebenaran ini dipanggil tadlis. Tadlis ini termasuk dalam kategori gharar. Tapi, orang bukan Islam buat apa dia kisah tadlis. Itu strategi marketing dan branding mereka.

Untuk orang macam aku yang tak kisah pasal BMF, aku takda masalah. As long as halal. Susu lembu ada tak halal ke? Cumanya, buat mereka yang kuat menjerit BMF dulu, dan yang telah mendapat manfaat dengan kempen BMF dulu.

Aku nak tanya apa khabar jelah.

Ohya, prospectus Farm Fresh Berhad telah mengejutkan aku! Cap masjid telah digantikan dengan orang lain. Guane ni? Meh sini aku ceritakan secara ringkas. Untuk ke IPO, syarikat The Holstein Milk telah ditukar nama dan di-upgrade menjadi Farm Fresh Berhad, sebagaimana nama dalam prospectus yang dikeluarkan SC. (Rujuk foto 1 dan 2)

Seperti yang ditunjukkan dalam tulisan lalu, Azmi Zainal ialah salah seorang pengarah The Holstein Milk. Tapi, untuk Farm Fresh Bhd. namanya sudah hilang.

Senarai Pengarah The Holstein Milk :
1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Azmi bin Zainal (Ada!)
4. Amran Hafiz
5. Ganesh Kumar
6. Tan Chow Yin (Singaporian)
7. Tan Mek Shwen
(Rujuk Foto 3)

So, aku pun melakukan semak semula Farm Fresh Berhad di www.interepo.com. Sah! Azmi Zainal telah dikeluarkan! Kenapa? Entah. Nanti korang tanyalah dia.

Senarai Pengarah Baru Farm Fresh Berhad :
1. LOI TUAN EE (Founder sebenar)
2. TAN MEI SHWEN SERENA (Khazanah)
3. TAN SRI DATO’ SERI MEGAT NAJMUDDIN BIN DATO’ SERI DR. HAJI MEGAT KHAS (Politikus)
4. SUKANTA KUMAR DUTT (CIMB)
5. QUAZA NIZAMUDDIN BIN A HASSAN NIZAM (Korang google sendiri)
6. JOCELYN NG LAI LENG (Pepsico)
7. LOI FOON KION (Loi Clan)
(Rujuk foto 4)

Kalau dirujuk pada foto 4, amat jelas 4 nama last itu baru sahaja dilantik. Anyway, aku nak ucap tahniah kepada Farm Fresh yang bakal ke IPO, sesiapa yang berminat nak jadi shareholder Farm Fresh, boleh la beli share dia nanti bila dah masuk market.

Tapi, make sure study dulu. Dah baca prospectus? Jangan lepas beli menyesal pula. Ingat gang, kita bercakap dengan fakta dan data, bukan sentimen bangsa dan perasaan. Kalau fakta aku salah, tolong perbetulkan. Kalau aku degil, sila saman aku. Kita bangsa #EvidenceBased kan.

Kenapa Bossusu tiada dalam prospectus dan line up baru Farm Fresh Berhad sebagai pengarah? Tak boleh ngaku boss la kalau camtu. Takkan sumbangan Bossusu tak cukup besar untuk marketing dan branding sampai diganti oleh makcik daripada Pepsico. Kan?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.