Begitulah pepatah orang Wakanda yang sangat popular sehingga hari ini.
Siapa sini yang sangka Starbucks milik Haji Kamisan bin Saadon?
Ada? Takda kan? Ia sudah makruf dan maklum yang ia bukan milik Muslim.
Tapi, cap masjid sudah bertahun-tahun disangka milik Muslim. Begitu juga Farm Fresh dan pau Ahmad yang disangka milik Muslim.
Hukum bermuamalat dengan bukan Muslim adalah harus. Takda isu pun. Nak serbu ke, nak beratur ke, itu pilihan masing-masing.
Isunya adalah membetulkan sangkaan dengan hujah data dan fakta. Menyatakan kebenaran dan mendidik masyarakat untuk mengamalkan budaya SCRUT.
Tapi itulah. Ada orang taknak membaca, dia datang dan komen menunjukkan kedangkalan akal dan pola pemikirannya.
Sedara siapa ni? Angkat tangan cepat..