HARI NI SEPATUTNYA AKU KE MAHKAMAH

H

Hari ni aku sepatutnya ke mahkamah untuk perbicaraan komital dengan Kak Mona Din yang dibuat oleh Siti Bainun melalui firma gopren aku.

Inilah harga aku kena bayar kerana membela seorang kanak-kanak OKU perempuan yang sebatang kara. Bukan bela orang sihat dan kaya raya tau!

Malangnya, hari ini pihak di sana minta tangguh pula kerana seorang peguam daripada pihak sana ada close contact dan kena kuarantin. Aku dah semangat-semangat.

Aku tak faham kenapa mereka ada ramai peguam, tetapi sorang je yang tak boleh hadir, terus minta tangguh. Buang masa orang je dah reserve date.

Kalau kau main bola, ada pemain simpanan tu untuk ganti supaya game on. Ini ada lawyer ramai-ramai siap ada co-counsel propagandis, tapi sorang sakit, terus semua kena tangguh.

Hari tu diorang yang beriya-iya cari aku. Nak komitalkan aku sebab aku tanya kelayakan Siti Bainun dapat anak angkat je. Tapi diorang pula macam taknak kejar sekarang.

Just nak tanya peguam-peguam, memang ini amalan biasa ke? Sorang sakit, consider semua sakit. Sorang tak boleh datang, terus minta tangguh.

Tak kira berapa ramai pemain simpanan atau team kau ada? Sedih betul. Ingat hari ini gopren aku nak grill aku dalam mahkamah. Nanti boleh buat movie Cinta Mahkamah untuk Netflix.

Haha!

Dia mungkin experienced lawyer, aku pula experienced kamarian. Sebab banyak kali dah duduk dalam kamar. Ramai dah lawyer koyak dengan aku dalam court.

Anyway, much obliged!

😜

#LoveAminahtul

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.