Agama tidak membodohkan umat, mufti bukan paderi zaman gelap.

A

Islam adalah agama yang sangat progresif and telus. Islam tidak memberi “absolute power” kepada mufti seperti agama Kristian memberikan “absolute power” kepada paderi mereka di zaman gelap. Dek kerana itulah eropah zaman gelap tidak maju, semuanya diharamkan oleh paderi-paderi yang lemah akal. Selepas rakyat bangkit melalui renaissance. Eropah memimpin dunia dan menewaskan tamadun Islam.

Apa kunci kejayaan kaum eropah?
1. tidak ikut dan turut membabi buta dengan arahan gereja.
2. meninggalkan fatwa gereja yang menolak sains dan teknologi.

Kata Imam Malik,

“Saya hanyalah seorang manusia, kadang-kadang tersalah, kadang-kadang benar. Oleh kerana itu, telitilah pendapatku. Bila sesuai dengan Al-Qur’an dan Sunnah, ambillah, dan bila tidak sesuai dengan Al-Qur’an dan Sunnah, tinggalkanlah.”

Lihatlah betapa Imam Malik menyuruh kita meneliti pendapat beliau kerana beliau tahu beliau tidak maksum dan pandangannya bukanlah seperti arahan Nabi. Beliau sedar pandangan beliau boleh dipertikaikan. Tiada beza kasta antara dia dan orang lain.

Itulah ajaran Islam sebenar. Ajaran yang sangat progresif, kritikal dan intelektual. Umat perlu dididik bertanya dalil, alasan dan bagaimana hukum dikeluarkan. Umat perlu diajar tidak taksub dan menelan membabi buta apa saja yang disampaikan oleh selain Nabi.

Jika imam sebesar Imam Malik juga sangat terbuka dan sedar akan kedudukan beliau sebagai bukan Nabi, ini pula lebai-lebai yang makan gaji kerana agama. Yang mengaku ustaz lagilah tak perlu dipandang apa yang dia perkatakan.

Ketika gua melakukan review fatwa, ada seorang lebai yang datang dari pejabat mufti cuba menafikan kritikan gua melalui perkara yang dianggap picisan. Itu cerita gua, dia taknak terima sudah. Yang pasti ketidakfahaman teknologi yang dipertikaikan dan hal itu tidak dijawab. Lebih kepada serangan bersifat peribadi. Itulah yang mampu dilakukan oleh kaum lebai.

Jadi gua ulang kembali, datangkan kertas kerja atau kumpulan kajian dari jabatan mufti untuk kami menguji sejauh mana kefahaman mereka adalah benar tetang bitcoin dan teknologinya yang telah disampaikan kepada mufti dan majlis fatwa.

Maaf kaum lebai, gua tak sembah paderi dan gereja. Begitu juga ulama’ dan institusi agama. Taksub dan telan terus segala pandangan agama adalah projek pembodohan umat yang menyesatkan.

Akhukum fillah.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.