KISAH DARI MAHKAMAH TADI

K

Ada satu kenyataan yang pada aku menarik untuk aku kongsikan.

Saksi 1, Zurianty Sudin aka Mommy, memberitahu di dalam kamar yang ketika Bella ditemui dalam keadaan yang sangat dahsyat, Mommy telah menghubungi Syed Azmi meminta bantuan untuk membuat laporan kepada JKM sehari sebelum beliau ke rumah OKT.

Hal ini disebabkan Saksi 1 menerima laporan daripada sukarelawan-sukarelawan yang sesuatu telah berlaku di dalam rumah OKT dan mereka meminta Saksi 1 datang menjenguk. Itulah sebabnya beliau meminta bantuan Syed Azmi untuk menghubungi JKM kerana sudah maklum yang Syed Azmi ada hubungan baik dengan JKM.

Syed Azmi kata tak boleh nak buat report JKM kerana takda bukti. Tapi dia kata dia akan cuba bincang dengan pihak JKM. Pagi keesokan harinya, Saksi 1 masih tidak mendengar apa-apa khabar daripada Syed Azmi. Maka, Saksi 1 telah ke rumah OKT untuk melihat sendiri.

Setelah itu, kita semua tahulah hasilnya. Penemuan adik Bella yang dalam keadaan sangat menyedihkan dan viral di seantero dunia maya dan benar.

Setelah saksi 1 menghantar video keadaan Bella kepada Syed Azmi dan buat video call menunjukkan keadaan Bella pada waktu itu. Syed Azmi suruh Saksi 1 buat laporan sendiri.

“Ok you call la KKM sendiri!”

Saksi 1 kemudiannya dihubungi oleh pegawai JKM. Apabila ditanya dari mana dia mendapatkan nombor telefonnya, jawabnya daripada OKT.

Kalau korang masih ingat sebelum ini Syed Azmi pernah claim yang dia yang buat report, dia tak kenal Bella dan Bella tidak tinggal di Rumah Bonda. Hal-hal tersebut telah dibantah oleh beberapa saksi-saksi.

Apa yang aku nak sampaikan adalah kekecewaan aku terhadap seorang penasihat mahkamah kanak-kanak yang langsung tiada perasaan risau atau bimbang keadaan kanak-kanak yang telah tercedera. Bahkan dalam kenyataan Syed Azmi di dalam live-nya, dia berasa risau OKT akan depressed

.Tiba-tiba aku teringat. Syed Azmi kan timbalan pengerusi NGO Rumah Bonda yang mana OKT ialah pengerusinya. OKT pula timbalan pengerusi Puak Payung yang mana Syed Azmi ialah pengerusinya.

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.