SCRUT RAFIZI RAMLI – KENAPA RAFIZI NAK BUAT COMEBACK SELEPAS BERSARA?

S

Selepas Rafizi umum nak buat come back, dia terus nak lawan timbalan presiden. Sebelum ini, dia yang umum bersara dari politik konon nak fokus pada startup dia Invoke Solution dan Adnexio.

Rafizi ni aku kenali sebagai seorang yang bijak, lantang dan “sotong”. Bijak sudah tidak perlu kita nafikan. Lantang ni sampai level dia pernah balon Anwar Ibrahim, boss dia. “Sotong” pula maksudnya lemah lembuh, gemalai batang tubuhnya, juga kuat merajuk. Ya, budak-budak PKR mesti tau kalau Abang Raf mereka ni mengamuk dalam group whatsapp bagaimana.

Betapa bijaknya Rafizi nak naikkan balik nama dia, dia terus cuit Najib Razak. Maka terus populariti dan kerelevanan dia naik mencanak di dalam parti PKR barangkali. Apalah jadi sekiranya Saifuddin Nasution menang, Rafizi akan bersara balik? Merajuk? Buat startup apa pula?

Aku tak ambil port sangat pasal Rafizi nak gaduh dengan Najib Razak ataupun Isham Jalil. Cuma kita semua sedia maklum Rafizi bersara setelah kalah lawan Azmin Ali dalam pemilihan parti. Merajuk dan kecewa barangkali. Kemudian dia claim nak berniaga startup melalui INVOKE yang kita kenali sebelum itu sebagai entiti kajian dan data yang nak bersaing dengan SISMEP milik Azmin Ali.

Aku nak ingatkan kita semua balik. Ketika INVOKE dimulakan, dia buat collection derma konon untuk kajian big data dia. Aku percaya setiap derma yang masuk, dia declare as sales (revenue) since INVOKE itu syarikat sendirian berhad bukan NGO mahupun Yayasan.

Aku macam biasa, tak pernah percaya mana-mana pihak atau orang sembang terbang pasal big data dan AI (artificial intelligence) melainkan aku sendiri telah grill dan lihat dakwaan mereka. Aku percaya AI yang digebang Rafizi adalah sembang kencang sahaja. Mungkin pakai yang dah ada, bukan develope sendiri.

Apakah perniagaan Rafizi Ramli dalam INVOKE? Kalau sebelum ini, dia mengutip derma untuk kajian politik bukan? Kemudian korang akan perasan dia buat iklan buat servis digital marketing bukan? Adalah kawan aku subscribe, feedback dia biasa sahaja.

Kemudian, dia announce buat Adnexio pula. Portal jobseeker yang terbaru. Aku tak pasti siapa yang pakai. Aku tak pakai. Aku juga telah semak traffic ranking dia dan aku compare dengan beberapa web job portal lain. Aku guna Alexa jela, Amazon public tools. Hasilnya adalah seperti berikut.

1. Jobstreet – rank 8,175
2. Maukerja – rank 103,186
3. Myfuturejobs – rank 33,446

Mana Adnexio?

Ni ha, rank 1,980,667!!! Compare dengan SCRUT pun kalah. Rank SCRUT 1,469,580 tau!! SCRUT takda sembang AI, bigdata bagai dan takda Rafizi Ramli tau!

Just to be fair, aku compare juga apps download Adnexio dengan Maukerja di App Store dan Google Play, hasilnya pun menunjukkan Adnexio tidak masuk dalam chart ranking pun. Ia jelas sangat sedikit orang yang download, mungkin less than 100,000.

Korang masih ingat, dulu Adnexio pernah post pasal nak buat interview terbesar dalam sejarah. Apa jadi? Aku faham dia nak pancing orang submit application dan cv, supaya dia boleh convince para employer untuk cari pekerja di Adnexio. Dalam masa yang sama dia boleh collect data.

Berbalik kepada soalan kenapa Rafizi buat come back selepas bersara?

Pandangan aku adalah, Rafizi telah gagal dalam business!

Aku telah buktikan yang rank Adnexio tidak ke mana termasuk SEO. Walhal, Adnexio dimiliki oleh INVOKE. Salah satu cabang business INVOKE adalah digital marketing. Jika INVOKE sendiri gagal menaikkan rank availability Adnexio, bagaimana pula dia nak up-kan client-client dia? Cuba korang fikir. Ibarat guru saham yang dia sendiri trade rugi dan tersontot, tapi buka kelas!

Kita bagi benefit of the doubt sikit. Mungkin sales atau revenue Adnexio meletup kot? Kan? Adnexio ini dimiliki oleh syarikat Agensi Pekerjaan Adnexio Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh Invoke Solution Sdn. Bhd. Maka, aku menggunakan Interepo (www.interepo.com) untuk SCRUT syarikat Adnexio ini. Apa resultnya?

1. Revenue tahun 2020 hanya RM20,000!
2. Kerugian sebanyak RM700,000!

Takpa, mungkin INVOKE yang buat duit dan masyuk kan? TAPI.. Hakikatnya..

1. Revenue tahun 2020 hanya RM4,300,000.
2. Kerugian sebanyak RM1,000,000.
3. Total share value adalah RM11,000,000. Siap ada preference shares lagi!

Aku taktau rugi tu macam mana since investor dalam INVOKE tu sangat ramai. Mungkin bayar gaji Rafizi tinggi sangat kot. Anyway, rugi tetap rugi. Rugi RM1 juta tidak sedikit, unless company kau buat untuk main-main, cuci duit, atau untuk cashout sahaja.

Aku percaya, Rafizi akan collect atau raise fund untuk “research” dia since business dia tak menjadi. Siapa nak bayar preference share apa yang dia janji dekat investor dia tu?

Ini pandangan aku. Rafizi masuk balik politik sebab dia gagal dalam perniagaan dan dia melihat jawatan kosong yang dia tewas sebelum ini dengan Azmin Ali. Jadi politikus lagi mudah buat duit daripada jadi usahawan. Experience corporate di Petronas tak sama bila masuk business tau. Kan?

Welcome back Abang Raf!

😜

ps : Data penuh, sila rujuk bahagian komen.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.