Semalam sahabat #JusticeForBella panggil aku. Katanya YB Senator ajak datang rumah. Aku tergelak je. Mana mungkin pacal yang hina ini dipanggil merak kayangan dari Dewan Negara.
Aku membesar menonton makcik ini membaca berita. Kemudian aku dengar dia kemalangan dan lumpuh. Dia kemudian dilantik menjadi senator yang mewakili OKU, juga dilantik menjadi chairman media Bernama.
Aku kira dia ni agak profesional juga. Aku ialah antara orang awal yang mengkritiknya tahun lepas setelah aku melihat senator ini hanya sepi seribu bahasa ketika kes adik Bella sedang hangat kami perjuangkan.
Tapi setelah aku lihat whatsapp screenshot yang jelas menyebut nama aku diajak ke rumah. Aku kira ia satu penghormatan. Ajak ke rumah ini, biasanya level nak ajak berkawan.
Aku firm dengan prinsip aku. Aku tegaskan YB Senator kena champion isu ini. Ke depan, tegas dan berani. Saya, team #JusticeForBella, kawan-kawan saya, dan hampir seluruh rakyat Malaysia akan menyokongnya.
Aku minta YB Senator menghantar surat rasmi kepada mereka-mereka yang sepatutnya menjadi “penjaga” adik Bella untuk melakukan sesuatu dan bersama-sama bersuara menyokong kempen kami.
Antaranya :
1. Menteri Wanita Keluarga & Masyarakat
2. KP JKM
3. SuhakamKemudian buat media release. Rakyat kena tahu apa YB dah buat. Barulah rakyat boleh sokong YB. Kalau rakyat taktau apa YB buat. YB akan dipersalahkan dan dipersoalkan.
Antara isu yang kami ketengahkan adalah pemecatan Syed Azmi, dakwaan terhadap Rumah Bonda dan siasatan terhadap NGO Rumah Bonda.
Nampak macam YB Senator ini bersetuju. Dia payung aku makan soto. Jadi kita tunggulah. Aku nak pass batton perjuangan #JusticeForBella ini kepada dia. Aku takda gaji untuk semua ini. Bahkan aku yang paling terluka parah.
Aku disiasat polis, handphone aku dirampas, aku diheret saman komital oleh Siti Bainun, tapi aku menang. Kemudian mereka saman civil pula aku. Maka, aku harap biar Sang Senator yang bising pula selepas ini. Takkan mereka nak saman, siasat dan kacau Senator yang dilantik Agong?
Aku bagitau kepada YB Senator, tak perlu risau, gusar dan takut dengan politikus-politikus yang menjadi tangan-tangan ghaib ini. Kalau YB bersama aspirasi perjuangan kami, kami akan tolong YB lanyak mereka-mereka itu. Itu jaminan aku.
Aku akhiri diskusi dengan belajar buat gaya, “di mmmana jua, anda berada..” trademark Ras Adiba Radzi suatu ketika dulu. Korang budak Wechat dan Tiktok baru nak up mana tau!
ps : YB, saya tunggu YB sambut batton kami secara rasmi!