BENARKAH DS ZAHID HAMIDI TIDAK MENGENALI SITI BAINUN, OKT KES PENGANIAYAAN ADIK BELLA?

B

Asalnya aku tak berniat nak memanjangkan isu ini. Aku juga tidak bermusuhan dengan DS Zahid. Tidak juga aku punya masalah dengan parti UMNO. Bahkan aku bersahabat baik dengan ramai orang UMNO termasuk di dalam saf kepimpinan parti. Tetapi, apabila cytro UMNO mengatakan aku melakukan fitnah, aku kira aku kena jawab. Aku tidak suka mendiamkan diri.

Beginilah, ketika Kak Mona menghubungi aku, dia minta tolong aku untuk bersama-samanya untuk berjuang untuk adik Bella, aku bertanya kepadanya, laporan polis sudah dibuat ke? Jawab Kak Mona, laporan polis telah dibuat tetapi macam tak gerak. Itu sebab dia minta bantuan aku. Aku mula merekrut kawan-kawan yang ada pengaruh untuk bantu aku menuntut keadilan buat anak OKU ini.

Setelah aku dan SCRUT masuk memberi public pressure, ramai saksi-saksi dan mangsa-mangsa dera di Rumah Bonda beramai-ramai membuat laporan. Wave viral mula menjadi tsunami pertama. Setelah itu, barulah Siti Bainun dipanggil pihak polis.

Aku juga menghubungi kawan-kawan aku yang dalam parti politik termasuk UMNO untuk champion-kan isu ini. Kesemua DAP, PKR, PAS, BERSATU dan PEJUANG tidak melayan ajakan aku. Walaupun setelah ombak viral pertama berlaku, tetap tiada sang politikus hatta, aktivis sosial dan masyarakat mahu menyambut batton daripada aku. Hairan bukan?

Ketika itu, aku berasa pelik, kenapa tiada yang mahu menyambut. Aku juga hairan, kenapa Siti Bainun ini macam terlalu kebal. Rasanya korang pun tahu yang Siti Bainun tidak pernah direman, tidak digari, dan kemuncaknya adalah pendakwaan yang dikenakan hanya pengabaian. Hatta setelah terdapat 2 pendakwaan jenayah, dia juga dibenarkan ke Filipina untuk menyampaikan bantuan di sana.

Aku tidak mahu cerita detail pasal ini. Terlalu banyak perkara aku tahu dan dengar sendiri. Maka tsunami viral ke-2 kami buat sehingga pihak AGC menambah pendakwaan penganiayaan. Aku kira kerja aku sudah selesai. Rupanya macam-macam hal lagi yang berlaku dalam tempoh sebelum hari pendakwaan.

Aku percaya, ramai yang tertanya-tanya. Siapa Siti Bainun ni. Dia kerja apa? Kenapa dia kelihatan sangat kebal, kaya dan powerful. Sampai kami-kami yang jadi whistle blower dan concern citizen juga disiasat. Aku? Kau jangan cakap. Paling ultimate terluka, berdarah dan parah.

Betul tak? Korang pun nak tau Si Bainun ini siapa sebenarnya. Aku pun baru je tahu kewujudannya ketika aku mengambil tempat dalam perjuangan ini. So, sudah pastilah aku bertanya-tanya dengan kawan-kawan dalam UMNO since aku terlihat posternya sebagai puteri UMNO. Dia juga dapat award daripada DS Najib Razak. Mantan ketua puteri UMNO, Mas Ermieyati juga mengaku mengenalinya.

Kata kawan-kawan aku, Si Bainun ini sangat rapat dengan DS Zahid Hamidi dan warlord-warlord UMNO sebelum kekalahan UMNO. Gambar-gambar yang bersifat “personalize” bersama keluarga DS Zahid, di dalam rumah dan dalam event-event keluarga DS Zahid, takkanlah ia sekadar gambar orang yang tidak rapat dan tiada apa-apa kena mengena. Kalau hanya satu gambar takpa, tapi lebih daripada satu. Aku tidaklah bodoh tak boleh membezakan foto biasa dan foto keluarga.

Ohya, ketika aku memulakan gerakan #JUSTICEforBELLA, aku dihubungi oleh Mr. TTKM, Tuan Muhamad Harris Nasril, dia kata bekas pegawai DS Zahid nak berhubung dengan aku. Namanya Faisal Khan. Aku telah melihat profile Facebook dia, terdapat gambar Siti Bainun dalam majlis kecil di Surau An-Nur Country Height. Hairan bukan, Siti Bainun sentiasa ada dalam majlis DS Zahid. Mamat ni contact aku nak justify cerita side Bainun.

Maka, aku pasti dia ada hubungan baik dengan pemimpin daripada UMNO dan Bersatu. Lebih-lebih lagi dengan DS Zahid. Sampai ada kawan-kawan daripada UMNO kata Si Bainun ini “anak angkat” DS Zahid. Ada juga yang bagitau Si Bainun dulu bercinta dengan anak bongsu DS Zahid yang bernama Arief, atau lebih mesra dipanggil Ayeh. Hal ini juga disebutkan oleh seorang penyokong tegar UMNO, Iesya Toh.

Aku menggunakan inverted commas “anak angkat” untuk menyampaikan betapa rapat, personal dan dekatnya hubungan mereka. Bukan nak mengaitkan kes adik Bella dengan DS Zahid. “Anak angkat” bukanlah satu perkataan yang bersifat memalukan atau defamatory. Kalau bukan, nafikan sahaja.

Aku juga percaya DS Zahid tidak terlibat dan menyokong tindakan menganiaya dan mencederakan adik Bella. Cumanya aku tak pasti siapa yang menulis seolah-olah DS Zahid tidak mengenali Siti Bainun. Tiada dosa mahupun bersalah pun mengenali Siti Bainun. Bahkan, jika benar angkat sekalipun, ia bukan perkara yang memalukan.

Tapi tidak mengapa. Disebabkan DS Zahid pernah mencabar DS Mahiaddin Yasin untuk bermubahalah. Maka, aku mencabar DS Zahid melakukan mubahalah dengan lafaz,

“Wallahi, wabillahi, watallahi, saya Ahmad Zahid Hamidi bersumpah dengan nama Allah tuhan sekalian alam, saya tidak pernah mengenali Siti Bainun, OKT dalam kes adik Bella secara dekat dan rapat. Tidak pernah berurusan dengannya dalam pengurusan dana yayasan saya dan NGO-nya secara langsung atau tidak langsung. Sekiranya saya berdusta, laknat Allah ke atas saya.”

Jika DS Zahid berani melakukan mubahalah tersebut, aku dengan rela hati menarik, memadam, dan memohon maaf secara terbuka di atas pandangan “anak angkat” aku. Bahkan, aku akan jumpa dan mencium tangannya tanda aku insaf dan bertaubat.

Jika tidak berani. Tidak mengapa. Aku kekal dengan pandangan aku, aku cekal dengan pendirian aku. Aku juga meminta Nurul Zahid untuk membuat laporan polis terhadap Siti Bainun supaya aktiviti kewangan Rumah Bonda disiasat. Kemudian, kongsikan laporan tersebut secara terbuka. Jika benar Nurul mahu bersama-sama team #JUSTICEforBELLA.

Bertambah sangsi lagi, DS Zahid mempromosi filem Netflix gopren aku, Minah, di wall Facebooknya. Gopren aku dengan Siti Bainun ibarat “blood” sister. Adakah DS Zahid share itu suatu suratan atau kebetulan. Korang boleh fikir-fikirkan. Dalam banyak-banyak muvi Melayu, kenapa muvi gopren aku yang dia nak promote-kan? Gopren aku juga peguam kepada Siti Bainun juga!

Segala dalil-dalil dan bukti-bukti yang ada ini saling menguatkan each other yang DS Zahid sangat kenal Siti Bainun secara dekat dan rapat. Maka, ia mengiyakan dakwaan yang Siti Bainun ialah “anak angkat” DS Zahid Hamidi. Taknak mengaku pun takpa. Bukanlah isu utama.

😉

Rujukan :1. Ganbar Siti Bainun bersama keluarga DS Zahid Hamidi. Tengok tangan Siti Bainun dekat mana? Tangan Datin Sri dekat mana.
2. Gambar cover photo daripada Faisal Khan. Pun Bainun ada.
3. Gambar Bainun dengan Ayeh (Arief).
4. Gambar Ayeh dengan family DS Zahid.
5. Screeshot hantaran DS Zahid promote filem Netflix gopren aku.


ps : Selepas tsunami viral ke-3 kali ini, barulah ramai politikus keluar kenyataan media. Tapi takda yang nak ambil batton daripada tangan kami lagi.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.