TMJ PANGGIL KAMI MENGADAP!

T

Menjunjung kasih dan merafak sembah kesyukuran kepada yang maha esa kerana mendengar suara rintahan rakyat marhaen yang sedang berjuang tanpa laba dunia.

TMJ dan Che Puan Besar telah mendengar suara dan pandangan kami. Pertemuan lebih 1 jam kami memanfaatkan dengan baik. TMJ memberi komitmen untuk membantu kami mendapatkan keadilan bukan sahaja untuk adik Bella, tetapi lebih daripada itu.

Aku sangka TMJ orangnya tegas dan garang, tetapi rupanya dia seorang pendengar yang baik dan humor. Pertemuan yang kami jangka formal menjadi sangat kasual dan menenangkan.

Teringat pertemuan dengan menteri Rina Harun yang sangat hambar dan berakhir dengan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa yang tidak menyenangkan terhadap kami.

Walaupun TMJ ialah putera raja dari negeri Johor, tetapi jiwa besarnya merentasi sempadan negeri dan bangsa. Sekurang-kurangnya, kehadiran sokongan TMJ ini menyuburkan lagi semangat perjuangan kami.

Terima kasih TMJ dan Che Puan Besar! Semoga Allah merahmati usaha kalian berdua. Buat sahabat-sahabat yang sentiasa bersama kami, aku bagi “mini love” buat korang. Team awal #JusticeForBella, aku tau korang tak perlukan credit. Keikhlasan korang, tak pernah aku ragui.

Korang kena ingat, hero sebenar dalam perjuangan ini bukan aku, bukan Kak Mona, bukan team #JusticeForBella, tetapi adik BELLA!Dek kerana dia berjaya survive-lah kita semua terbuka mata hati untuk sama-sama bangkit melawan kezaliman ini.

Betul tak?

#JusticeForBella
#Justice4Bella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.