INI SALAH SATU CONTOH MANUSIA YANG MEMBENCI PERJUANGAN #JUSTICEFORBELLA SECARA HALUS

I

Apabila naratif 10 peguam vs 1 adik Bella dibawa oleh TMJ, dia hadir membawa hujah dangkal daripada Sifu Bengkel saham yang tak pernah datang court dan tak pernah menyokong adik Bella selama ini.

Apabila aku membungkam fakta sebenar memang 10 orang peguam. Dia minta aku senaraikan macam aku bekerja dengn dia. Dia ingat aku macam sifu saham dia makan affiliate jadi marketing rep. Banyak masa.

Apabila aku menjawab tentang rasa sangsi aku dan TMJ dia kata aku buat diversion walhal majoriti faham apa aku cuba sampaikan. Dia tetap nak komen lain dari yang lain.

Selepas aku semak wall dia. Ceh, pro-Bainun rupanya. Anyway, takpalah nak sokong Bainun, pergi la tulis sokongan kau kat dia di wall kau atau wall Bainun. Itu sebab aku cakap, yang bajet-bajet neutral ni sebenarnya pro-Bainun.

Dia share masa Bainun kena charge pengabaian, dia taknak share masa Bainun kena charge penganiayaan. Nampak tak game dia ni macam mana?

Apalah susah-susah kau jadi propagandis untuk dia? Dibayar ke? Ke ahli iceberg juga? Ke sebab kau marah aku kritik sifu-sifu saham termasuk sifu kau?

Inilah masalah sesetangah orang bermoral rendah. Bencikan aku atau Kak Mona sampai sanggup sokong kezaliman ke atas adik Bella dan benci kepada gerakan untuk mendapatkan keadilan untuk adik Bella.

Adik Bella takda dosa dengan sesiapa. Kenapa tidak mereka ini boleh melangkaui perbezaan pandangan untuk bersama-sama melawan kezaliman?

Kita sama-sama doakan makhluk ini insaf dan bertaubat.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.