Dengan wall ini aku bertanggungjawab di atas setiap tinta dan pandangan aku. Ini bukan wall #JusticeForBella, bukan juga wall kau. Aku nak berniaga ke, bergosip ke, mengkritik ke. Ini wall aku.
Aku tulis apa aku suka, content apa aku nak buat, apa benda yang aku nak selit. Itu hak aku. Kau tak boleh baca, tak suka? Apa susah, button unfollow dan block ada kan? Nak aku buat tutorial?
Tak perlu nak declare kau tak boleh baca. Dah tak boleh, kau datang pula kenapa. Bukan aku paksa kau datang dan baca. Dah tak suka, block terus. Aku pun bukan kenal korang.
Kalau rasa aku tak bagi fakta, pergi cari dan baca orang lain bagi fakta yang kau rasa fakta. Aku? Aku dengan cara aku, aku dengan style aku. Apa susah kan? Adakah dunia kau jadi buntu bila tak komen di wall aku?
Tak cukup bulan ramadhan dan ajaran Nabi sebagai pengubat kebuntuan?
Entah ye ke tidak dia sokong perjuangan #JusticeForBella. Aku ke wall dia, langsung takda cerita pasal adik Bella pun. Kalau dia nak takeover, ambillah, aku pun sentiasa cari pengganti ni.