KEMENANGAN YANG DITUNGGU!

K

Kan aku dah sebut, tahun ini aku dapat lailatulqadar. Ini adalah kemenangan tentang perjuangan. Sebuah perjuangan untuk mengangkat dan mendidik masyarakat Malaysia tentang teknologi blockchain dan matawang kripto.

Dulu, ramai yang skeptikal tentang bitcoin dan cryptocurrency. Ia sering dikaitkan dengan scam dan ponzi scheme. Kenapa? Kerana ia telah dipopularkan dengan skim-skim ponzi atau money game. Maka, aku dan sahabat karib aku, Nik Izwan Kamel bangkit membangunkan coin.my untuk mendidik masyarakat untuk memahami teknologi yang mulia ini.

Mana mungkin perjuangan ini berjalan dengan lancar dan licin. Pastilah mehnah dan tribulasi wajib diharungi. Kami telah difitnah oleh beberapa individu terlibat dengan aktiviti scam, ponzi scheme dan money laundering, diketuai oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab bernama,

Pengiran Luqmanul Hakim Bolkiah daripada group Facebook, Ponzi Scheme Alert Malaysia (PSAM). Fitnah dia telah dikutip oleh ramai pihak untuk menjatuhkan aku. Maka, aku yang baru pulang ke Malaysia, tidak pernah tahu dan kenal skim-skim tersebut telah mengambil tindakan undang-undang secara serius.

Long story cut short, kes ini mengambil masa selama hampir 4 tahun, 4 hakim dan 2 peguam. Peguam asal kami, blood brother Mahmud Jumaat telah disepina oleh pihak Pengiran yang menggunakan khidmat 3 orang peguam India yang senior. Maka kami terpaksa melantik sahabat kepada Mahmud, Tuan Bani Prakash menggantikan tempatnya yang terpaksa dikosongkan.

Banyak drama dan cerita kelakar dalam perjalanan kes ini yang menyebabkan kes ini diheret sangat lama. Semestinya bukan daripada pihak kami. Kes inilah yang banyak mengajar aku tentang saman fitnah dan defamation. Mengajar aku dunia ini bukan sentiasa indah, dan perjuangan wajib ada cabaran. Kalau takda cabaran, mungkin istidraj.

Naik turun court bukan masalah bagi aku. Sedikit pun jantung aku tak bergetar, cuma masa saja yang menghadkan aku. Untuk kes ini, di atas kertas dan hakikatnya memang kami di atas kebenaran, tetapi kami tetap kena melalui proses mahkamah yang kami kira satu pengalaman yang sangat indah walaupun mengambil masa yang sangat lama.

Hari ini, mungkin doa aku di malam lailatul qadar dimaqbulkan, atau mungkin doa Nik Izwan Kamel, atau mungkin blood brother kami yang berdoa di hadapan kaabah yang mulia di malam lailatul qadar. Allah telah menghadiahkan kemenangan yang bergaya.

Pengiran perlu membayar sejumlah RM535,000 kepada pihak kami sebagai ganti rugi, permohonan maaf dan injunction terhadap segala kenyataan fitnah-fitnah yang pernah dibuatnya. Dengan kemenangan ini, aku akan mulakan proses mengutip mereka-mereka yang pernah memfitnah aku menggunakan khabar dan asas yang sama.

Ingat, value aku bukan level Mat Kool, nama aku bukan harga makan malam di Nobu je tau. Peguam-peguam aku sudah bersedia untuk mengambil tindakan ke atas mereka-mereka yang pernah memfitnah aku atas idea dan kenyataan yang serupa. Get ready korang!

Hari ini, coin.my, aku, Nik Izwan Kamel, sahabat-sahabat aku, dan syarikat-syarikat kami yang telah diftnah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka peguam-peguam, saksi-saksi dan mereka yang menyokong kami dari awal hingga hari ini. Tanpa kalian, siapalah kami.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allahuakbar.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.