Telah tersebar sepotong video seorang tokoh, agamawan, ulama’, cendekiawan, ahli akademik, ahli falsafah dan penasihat kepada beberapa raja-raja Melayu sedang bermain dram angin di dalam sebuah club di UK.
Ada beberapa teman telah bertanya aku tentang hal ini. Jawapan aku mudah. Ia pandangan peribadi aku.
1. Masa aku di UK dulu, aku biasa je ternampak tokoh itu melepak di bar pub-pub tertentu di UK.
2. Aku anggap dia minum kopi jela.
3. Aku tak sangka dia masuk main dram angin sekali.
4. Tapi aku tak rasa pelik. Sebab ramai saja tokoh-tokoh Islam di negara barat yang terkantoi.
5. Ada yang terkantoi melanggan pelacur pun ada.
6. Apa pun, itu aib dan dosa peribadi.
7. Aku anggap itu kelemahan dan kelalaian dia.
8. Biasalah, di Malaysia sahaja dia dianggap “dewa”, di UK tiada siapa pun ambil tahu pasal dia.
9. Ada yang anggap aib dan dosa peribadi yang perlu dibongkarkan demi maslahah ummah.
10. Aku tak bersama dengan pandangan itu.
—-
Teringat aku bayan Maulana Tariq Jameel suatu ketika dulu. Katanya, orang Islam yang tinggal di negara kuffar wajib syiar keIslaman mereka melalui rupa muslimin sebagaimana wanita-wanita Islam dengan hijab dan jilbab.
Bila video ini keluar, baru aku faham kenapa pentingnya syiar itu. Cuba bayangkan kalau janggut kau besar, pakai kopiah dan jubah, rasa-rasanya kau nak masuk club? Dulu, aku cuma faham syiarkan keIslaman itu untuk sama-sama ambil risiko seperti kaum muslimah.
Rupanya wajah dan rupa muslimin itu ibarat “shield” untuk kau melakukan maksiat. Jadi kalau tokoh-tokoh yang takda janggung atau trimmed tu, dia pergi atau tinggal di negara kuffar. Jangan terkejut jumpa mereka dalam pub. Budak-budak UK tau je hal ni..Kan?