BON ODORI YANG SUDAH DIBERSIHKAN?

B

Selepas tahun 1990, setelah PAS berjaya memerintah Kelantan, TGNA telah mengharamkan beberapa aktiviti kebudayaan seperti Mak Yong, Main Teri (Main Puteri), Wayang Kulit, dan Perarakan Burung Petala (cenderawasih). Mungkin ada lagi yang lain yang aku terlepas pandang.

Rasanya di Malaysia ini TGNA sangat diterima baik oleh kawan dan lawan. Segala tindakan dan pandangan dia yang salah atau kurang tepat akan cuba diberikan justifikasi oleh banyak pihak. Maka, aku kira mengambil contoh tindakan TGNA ke atas beberapa aktiviti kebudayaan mungkin mampu mengajak kita semua sama-sama berfikir.

Kita harus berfikir, kenapa TGNA tidak membersihkan content-content yang berada di dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan yang diharamkannya? Kenapa terus diharamkan? Jawapannya dulu adalah untuk menghapuskan amalan syirik dan kurafat.

Aku ni bukanlah orang seni dan budaya, aku lebih fikirkan tentang ekonomi dan teknologi. Orang seni ini, mereka punya jiwa seni dan darah seni. Mereka akan hidup sendiri dengan kekuatan sendiri. Maka ia bukanlah perkara yang aku risau dan bimbang. Aku lagi risau harga barang naik, gaji politikus makin besar, gaji rakyat makin menipis.

Bon Odori ini asalnya perayaan roh orang Jepun. Macam perayaan hantu lapar orang Cina. Perayaan yang orang Islam tak perlu diberitahu untuk menjauhinya. Tapi jika ia telah dibersihkan dan Kelantan juga telah menyambutnya. Kenapa aktiviti budaya orang Kelantan yang telah diharamkan masih diteruskan pengharamannya?

Kenapa rasis sangat? Adakah ini dasar pandang ke timur tetapi hanya perayaan dan aktiviti kebudayaan hantu Jepun sahaja yang hendak diterima pakai? Hantu Cina dan hantu Melayu dinafikan. Pasal ada Ulil Amri Uganda nak komen tu kita abaikanlah, Ulil Amri bukan macam raja-raja di Malaysia.

Ulil Amri di Uganda tu mana mengaji agama, istana dia ada bar, dia pun share holder bar dan restoran terkemuka, bukan macam raja-raja di Malaysia. Raja-raja di Malaysia semua ‘alim dan faqih. Jadi ketua agama negeri dan faham maqasid syariah. Pandangan raja-raja di Malaysia wajar dihormati. Ingat, kita tinggal di Malaysia, bukan Uganda.

Kalau tak suka dengan PAS, jangan hina suami kau yang lebai dan PAS. Kalau tak suka, boleh lari cari suaka politik di negara yang membenarkan Mak Yong dan Main Teri.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.