DEMI NEGARA! HARI INI AKU MERONDA UNTUK MEMBERI MAKLUMAT!

D

Ini tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air dan kedaulatan negara. Hari ini, satu hari suntuk aku dan sahabat, Nik Izwan Kamel pergi ke setiap agensi yang terbabit untuk memberikan maklumat tentang kebocoran data JPN.

Kami bermula dengan JPN, MCMC dan kemudian kami ke IPD Putrajaya. Kami menerangkan dari A sampai Z bagaimana dan kenapa kami mengesyaki beberapa individu dengan bukti dan logik yang absah.

Kami takda kuasa nak menyiasat lebih-lebih, jadi kami hanya menunaikan tanggungjawab kami sahaja. Selebihnya pihak yang punya kuasa patut melakukan siasatan secara serius dan holistik untuk menangkap pengkhianat negara yang telah menjual data seluruh rakyat Malaysia secara pukal dan lelong dengan murah.

Pihak JPN telah menyambut kami dengan baik, pihak polis apatah lagi, dan MCMC yang selama ini aku sangat skeptikal dan meluat pun mendengar dengan baik. Mereka kena tahu, aku buat semua ini kerana pada aku pengkhianatan ini terlalu besar kepada negara ini.

Sebanyak 3 laporan polis telah dibuat untuk pihak berkuasa menyiasat dakwaan kami. Kami yakin dan pasti, penjualan data itu dilakukan oleh individu-individu yang kami telah laporkan. Aku percaya leads aku ini boleh menangkap pengkhianat negara tersebut. Selepas mereka tahu kami sudah tangkap kerja siapa, terus web itu ghaib.

Mak aku selalu pesan,
“Kalau kau di pihak yang benar, jangan takut untuk melawan dan berkata benar. Kita ada tuhan, kalau kita kalah di dunia, kita masih ada akhirat.”

Pesanan tersebut aku sentiasa pegang sampai hari ini. Itu sebab korang selalu lihat aku jarang mengalah. Yelah, apa salah aku, aku bukan hina Nabi, maki bini atau dera OKU. Jual arak pun tidak. Aku hanya menjual di ifmal.com saja.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.