Berkata Maulana Nasaie Hanaffie,
“Tiada paksaan bagi orang yang asalnya bukan Islam. Tetapi bila dah Islam, dipaksa kekal utk berada dalam Islam. Di sini perbahasan hukuman murtad.
Anak kecil dalam kes hangat sehari dua ini, bukan dipaksa masuk Islam bahkan mereka telah Islam secara automatik apabila ayah mereka masuk Islam. Walaupun ayah masuk Islam selepas bercerai dengan isteri yg belum Islam, ayah tetap ayah kepada anak kecil.
Maka ia bukan isu paksaan terhadap anak tersebut. Bahkan anak tersebut patut diajar berdasarkan lunas islam. Dan dibesarkan sebagai muslim.
Tetapi, berlaku masalah selama 10 tahun. Anak dibesarkan bersama ibu bukan Islam dan akhirnya bila mereka capai umur 18, mereka memilih Hindu sebagai agama rasmi.
Di sini pun sudah zahir bahaya hadhanah di tangan bukan Islam.
Mmg undang2 kita masih jauh dari aplikasikan undang2 Islam.”